Lelaki ini bebas tuduhan remaja perempuan 17 tahun di Manong


Seorang peniaga dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, dari tuduhan merogol seorang remaja berusia 17 tahun pada 2014.

Hakim Niran Tan Kran yang membuat keputusan itu membebaskan Mohammad Shariff Saad, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di ahkir pendakwaan.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol seorang remaja perempuan di dalam kawasan kebun kelapa sawit di Manong, di sini, pada 5 Ogos 2014 kira-kira jam 9.30 malam.

Niran berkata, selepas meneliti dan menimbangkan secara maksimum saksi dan bukti yang dikemukakan serta hujah pihak pendakwa dan pembelaan mendapati kes pendakwaan sebahagian besar hanya bergantung kepada keterangan saksi yang juga mangsa dalam kes berkenaan.

Menurutnya, keterangan mangsa didapati banyak bercanggah selain tidak disokong dengan keterangan lain, maka mahkamah memutuskan tertuduh dibebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusuf, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Shamil Abdul Hamid.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan