Lelaki Poslaju ini..

Bertuah saya kerana lelaki ini. Dia memudahkan urusan saya. Bertuah juga Poslaju kerana mempunyai kakitangan yang komited seperti beliau.

...



Kisahnya..

Minggu lepas di group telegram Success Magnet Business Circle, saya menawarkan khidmat untuk review produk para usahawan. Alhamdulillah respon cukup positif.

Jadi bermulalah penghantaran dari pelbagai pelusuk negara ke alamat saya. Ada yang hantar dari Kota Belud, Sabah. Ada juga dari Penang dan sebagainya.

Hari Ahad saya mendapat panggilan telefon bertalu-talu sekitar jam 10am. Nombornya saya tak kenal.

Rupanya dari Poslaju. Spontan saya bertanya, "Eh? Bukan hari ni cuti ke? Ada buat penghantaran juga ya?"

Katanya memang nak habiskan hantar stok kerana banyak yang delay. Bulan 12 ni banyak cuti umum.

Memandangkan saya berada diluar kawasan maka saya tak dapat menerima parcel tersebut. Lelaki Poslaju itu janji untuk hantar semula hari Selasa.

Fast forward hari ni..

Pagi tadi saya ke klinik gigi bawa mak untuk check-up. Nak cabut tapi doc tak benarkan. Bacaan darah mak agak tinggi. Tak tidur dia semalam rupanya.

Selepas itu saya terus ke Sepang untuk urusan kerja bulanan di sana. Kali ni saya dapat 9 miss call. Telefon set silent jadi saya tak perasan ada call masuk.

Rupanya dari lelaki yang kelmarin. Saya minta untuk jumpa di mana-mana nanti bila saya kembali ke Shah Alam.

Semuanya ada 4 parcel. Lelaki Poslaju itu tunggu saya di Shell Seksyen 19. Baik hati orangnya. Sangat komited dan saya kagum dengan kesungguhan lelaki ini.

Tahniah Poslaju! Sebelum berlalu pergi, saya sempat bergambar dan bertanyakan nama. Lelaki Poslaju yang komited itu namanya Akram.

Saya hargai jasa baik tuan Akram. In ciri-ciri dan kualiti success magnet!

Sumber: Laman Facebook Saiful Nizam



Apa respon netizen?





Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan