Lelaki Ugut Letup Bom Palsu MH128 Dipenjara

Seorang lelaki dihukum penjara 12 tahun oleh mahkamah Australia semalam selepas didapati bersalah mengugut untuk meletupkan sebutir bom palsu dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Melbourne, ketika berada dalam pengaruh dadah, tahun lalu.



Pesawat MH128 menuju Kuala Lumpur itu berpatah balik ke Melbourne pada Mei tahun lalu sejurus berlepas apabila lelaki warga Sri Lanka itu, Manodh Marks, berbohong dengan mendakwa satu ‘speaker’ mudah alih dan peralatan dibateri dibawanya adalah bahan letupan.

Lelaki berusia 25 tahun itu didapati mengambil dadah metamfetamin atau lebih dikenali sebagai ‘ice’ ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dan kemudian berada dalam keadaan khayal, cuba memasuki kokpit sambil mengugut akan memusnahkan pesawat dengan bom.

“Penumpang dan kru tidak hanya bimbang tetapi yakin kamu memang memiliki bom,” kata hakim Victoria County, Michael McInerney ketika memberi hukuman.

Beberapa penumpang menahan Marks dengan menjatuhkannya dan mengikat tangan serta kakinya. Pesawat itu membawa 220 penumpang.

Hakim menetapkan bahawa Marks tidak merancang lebih awal kejadian dan tiada niat dari segi melakukan keganasan.

Pelajar kursus katering itu dibenarkan keluar dari sebuah institusi psikiatri sehari sebelum penerbangan berkenaan.

Dia mengaku bersalah atas dakwaan cuba mengambil alih kawalan pesawat dan dihukum penjara 12 tahun dan perlu menjalani hukuman sekurang-kurangnya lapan tahun,

Ini adalah kali pertama seseorang dijatuhkan hukuman atas kesalahan itu di Australia.



Marks mula menggunakan ‘ice’ selepas tiba di Australia pada 2016 dan menerima rawatan atas sebab berada dalam pengaruh dadah beberapa kali, menurut keterangan di mahkamah.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan