Adrienne Koleszar polis wanita paling cun di Jerman

Seorang wanita yang digelar polis tercantik Jerman’ diberi kata dua sama ada masih mahu menjadi penjawat awam atau berhenti untuk mengejar populariti sebagai model di Instagram.


Adrienne Koleszar, 34, yang bertugas di bandar ini mempunyai 557,000 pengikut di Instagram yang sering memuji bentuk badannya sehingga dia diberi gelaran polis tercantik Jerman dua tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Awal tahun ini, permohonan cuti enam bulan tanpa gaji Koleszar diluluskan dan dia menghabiskan masa bercuti di seluruh dunia bagi mengejar impiannya untuk menjadi bintang Instagram.


Bagaimanapun, dalam pertemuan bersama pegawai atasannya minggu lalu, wanita itu diberi pilihan sama ada kembali bekerja bermula 1 Januari ini atau berhenti kerana negeri Saxony memerlukan sehingga 1,000 anggota polis sepenuh masa, lapor media Jerman.


Memetik laporan akhbar Bild, Koleszar memberitahu dia ingin berjaya dalam kedua-dua bidang kerjaya itu tetapi sedar bukan semua yang diimpikan dapat dicapai.

Ini instagram Koleszar - https://www.instagram.com/adrienne_koleszar/?hl=en

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan