Wajib tahu! Naya bila dua lelaki ini terjebak Macau scam RM11k dan RM24k

LELAKI kerugian RM10,900 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.



Terdahulu, kerani berusia 33 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai SPRM dan memberitahu mangsa terbabit dengan kes penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa hanya mengikut arahan suspek sebelum menyerahkan maklumat akaun bank miliknya akibat bimbang ditahan.

“Kerana terkejut dan takut, mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat pemindahan wang melalui akaun simpanan miliknya ke akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa melakukan tiga transaksi pindahan wang ke dalam tiga akaun bank berlainan sejak semalam hingga hari ini membabitkan wang keseluruhan RM10,900,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa kemudian diminta ke balai polis terdekat untuk proses pemulangan semula wang sebelum menyedari dia tertipu.

Menurutnya, dia yang menyedari ditipu sindiket kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang ejen insurans kerugian RM23,920 akibat ditipu sindiket yang menawarkan pinjaman yang tidak wujud, semalam.

Mangsa pada awalnya hanya mahu membuat pinjaman sebanyak RM20,000 daripada iklan yang diperolehi melalui media sosial.

Noorzainy berkata, selepas berhubung dengan syarikat terbabit, mangsa ditawarkan pinjaman sehingga RM50,000.

Menurutnya, mangsa kemudian bersetuju membuat pinjaman wang RM50,000 sebagai modal perniagaan namun diarahkan untuk membuat pelbagai bayaran sebagai wang proses untuk permohonan pinjaman itu.

“Mangsa kemudian membuat lima transaksi pindahan wang dan dua transaksi deposit tunai di beberapa lokasi di sekitar Pulau Pinang.




“Mangsa memindahkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM23,920 ke dalam lima akaun pelbagai bank, bagaimanapun mangsa sekali lagi diminta buat tambahan bayaran disebabkan pinjaman dinaikkan menjadi RM100,000,” katanya.

Katanya, mangsa tidak bersetuju dan berasa tertipu dan meminta wangnya untuk dikembalikan, namun tidak dilayan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang pinjaman menerusi iklan yang disiarkan dalam laman sesawang dan juga dalam talian bagi mengelakkan daripada ditipu,” katanya.




Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan