Kiub masakan Aydeen percepatkan proses memasak


Rendang adalah antara masakan tradisi yang terus menjadi kegemaran setiap generasi. Hari ini terdapat begitu banyak variasi rendang mengikut pengaruh dari budaya dan kawasan setempat.

Ada yang menggemari rendang ayam, rendang daging, rendang kerang dan sebagainya. Malah rendang bukan lagi hidangan semasa menyambut perayaan tetapi menjadi lauk sampingan kepada pelbagai juadah lain seperti nasi lemak.

Punyalah famous rendang hinggakan kini semua orang tahu tentang skandal rendang crispy :)

Walaupun begitu, proses penyediaan untuk memasak rendang membuatkan juadah tersebut hanya boleh dimasak oleh mereka yang berpengalaman. Rendang memerlukan pelbagai ramuan rempah yang dikisar serta kerisik yang membuatkan rendang jadi lebih menyelerakan.


Kini semua itu tidak lagi menjadi penghalang untuk sesiapapun mencuba memasak rendang apabila inovasi kiub masakan Aydeen oleh Siti Rahayu Abdul Rashid dan suaminya Ahyaludin Ab Wahab telah memudahkan proses penyediaan bahan-bahan memasak rendang. 

Semua rempah ratus sudah diproses lengkap dan dijadikan sebagai kiub. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menambah santan dan ayam ke dalam masakan bersama kiub Aydeen.


Usaha gigih sepasang suami isteri ini telah menghasilkan produk inovatif industri makanan menggunakan jenama Aydeen yang tentunya halal. Produk ini telah menembusi pasaran antarabangsa seperti Jepun, Australia, Singapura, Brunei dan United Kingdom.

"Alhamdulillah syukur kerana kami tak sangka kiub Aydeen akan dapat diterima baik oleh masyarakat.

Siti Rahayu berkata bagaimanapun syarikat yang diusahakan memerlukan peningkatan skala pengeluaran kerana permintaan yang tinggi untuk dieksport.
`


"Lebih membanggakan apabila produk kiub seperti ini adalah sangat unik kerana membawa citarasa masakan Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa." katanya lagi.

Selain daripada rendang, Kiub Aydeen menawarkan pelbagai jenis kiub masakan lain seperti masak lemak cili padi, asam pedas dan sebagainya.

Malah terdapat juga kiub sambal belacan yang hanya perlu diperahkan air limau nipis untuk melengkapkannya dan menambah kelazatan hidangan.

Makan jadi lebih berselera.



Kiub masakan Aydeen kini sedang meluaskan pasaran tempatan dan telah menyertai MAHA 2018 yang lepas di bawah pavilion #MySE2018 LKIM di Dewan A, Maeps.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 019-274 5272 dan info@aydeen.com atau layari laman web www.aydeen.com

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan