Perokok ini sudah gila! Anda takkan percaya apa yang telah dilakukannya


Beijing: Seorang lelaki dirakam menyumbat rokok yang dinyalakan di dalam mulut dan hidungnya sebelum mengunyah semuanya.

Video pelik yang dirakam di China itu menyaksikan lelaki itu memasukkan kira-kira 10 rokok ke dalam satu lubang hidung dan 14 di dalam yang kedua selain 18 di dalam mulutnya.

Rakaman penagih nikotin itu dirakamkan di Baishan di wilayah Jilin, awal bulan lalu.

Selepas menyumbat semua rokok itu ke dalam mulut dan hidungnya, lelaki yang dipercayai berusia 20-an itu mengeluarkan semuanya dan menggenggamnya sebelum mengunyahnya.

Tabiat itu bukan saja berbahaya, malah pasti mahal memandangkan harga rokok yang tinggi.

Penjualan rokok di China menurun sedikit sejak tahun lalu selepas cukainya dinaikkan dalam usaha mengekang tabiat yang membawa kesan kesihatan teruk, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kajian baru-baru ini menunjukkan dua pertiga lelaki muda bawah usia 20 tahun yang mati di China tahun lalu disebabkan tabiat merokok

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan