Respon Melissa Saila & Fauziah Nawi terhadap penghinaan David Teo kepada P. Ramlee

Sememangnya sengaja mengocak di air yang keruh.. Mr. David Teo sudah silap langkah ini kali. Nak pantun pun takde gunanya lagi. Netizen juga nampaknya memberikan reaksi negatif terhadap komen dari jutawan filem tersebut.

Gelombang yang dimulakan oleh presiden Seniman Zed Zaidi telah memberikan impak kepada isu ini. Panas bontot Mr David Teo dibuatnya!

Berikutan itu.. Melissa Saila selaku anak saudara kepada allahyarham Tan Sri P Ramlee turut melahirkan rasa dukacita dan kecil hati dengan ulasan kurang akal dari Mr. David Teo.

Melissa dengan tegas menafikan P. Ramlee pernah hidup merempat seperti yang digambarkan dalam kenyataan itu. "Ya, dia memang tidak kaya tetapi keadaannya tidaklah seteruk yang digambarkan," kata Melissa lagi.


Melissa juga mempersoalkan mengapa nama P. Ramlee perlu dipetik sebagai contoh kerana ia sama sekali tidak relevan dengan konteks keseluruhan mesej yang ingin disampaikan terutamanya dalam persekitaran dunia hiburan kontemporari tanah air.

Aktres lagenda seniwati Fauziah Nawi juga menggesa melalui posting di Facebook agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap si mulut celupar tersebut.

"Tak payah lah layan sangat si mulut celupar DAVID TEO tu.... Dia sengaja buat begitu untuk dapat publisiti. Maklumlah film pun tah hapa hapa. Nahhhh sekarang satu Malaya secara tak sedar angkat dia walau pun berkoyan koyan korang maki hamun dia. 

Tak menjadi kudis pada dia. Sudah sudah lah cukup sampai disini saja. Kalau mampu dan tidak salah dari perundangan negara dan dunia fikirkan bagaimana simulut celupar ini diheret kemuka pengadilan."

Mr. David Teo dikatakan telah memuatnaik pernyataan memohon maaf di portal MIG dan menyalahkan pendengar serta penulis artikel kerana menyalah tafsir kenyataan beliau.

Jelas pengarah yang juga pemilik syarikat penerbitan MIG itu, dia memandang tinggi dan menghormati P. Ramlee yang disifatkan sebagai penggiat seni dengan bakat yang luar biasa.

Apa yang terjadi, kata David, berkemungkinan berpunca daripada salah tafsiran terhadap kenyataan sebenar yang dikeluarkan. Justeru, dia memohon maaf jika kenyataan itu menyinggung mana-mana pihak.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan