Zed Zaidi pertahankan P. Ramlee dari David Teo yang kurang ajar!

Nampaknya ada perkembangan terbaru tentang pertelingkahan pendapatan mengenai allahyarham Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee antara Zed Zaidi dan David Teo.

Berikutan kenyataan David Teo yang Tan Sri P. Ramlee miskin dan anaknya melarat, Zed Zaidi selaku presiden Seniman menyangkal dakwaan tersebut dan menganggap ianya sebagai satu penghinaan untuk tokoh besar tersebut.

Berikut ialah petikan dari jawapan balas dan arahan memohon maaf dari Zed Zaidi kepada David Teo.

Ini perkembangan yang mungkin dipandang negatif oleh sebahagian orang.

-----------


Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia yang di rahmati Allah. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PRODUCER yang TERKENAL DAVID TEO dari METROWEALTH kenyataan bertarikh 7 Julai 2016 di The Malay Mail Online baru-baru ini.

Untuk pengetahuan MR DAVID TEO, kenyataan yang anda buat ini menampakkan anda cukup tidak matang untuk menjawab soalan dari media dengan menjawab soalan secara membabi buta!. Adakah anda tahu siapa itu SENIMAN AGUNG TAN SRI DR. P.RAMLEE? Adakah anda tahu sebelum munculnya Filem-Filem dari METROWEALTH wujudnya filem-filem dari P.RAMLEE? 

Adakah anda tahu walaupun P.RAMLEE tidak kaya tetapi Beliau KAYA dengan BUDI BAHASA dan KAYA dengan mesej-mesej yang telah di sampaikan oleh BELIAU di filem-filem dan karya-karya agungnya? adakah anda juga tahu P.RAMLEE juga melahirkan ramai seniman, seniwati artis-artis dibawah arahannya sebelum anda melakukannya sekarang untuk keuntungan anda dan syarikat anda sendiri?. 

ADAKAH ANDA TAHU SEMUA INI?.

Niat anda untuk melahirkan jutawan dikalangan orang seni adalah sifat yang baik tetapi cara melahirkan jutawan dengan merendahkan IKON SENI NEGARA itu adalah SALAH!. Mungkin budaya anda berbeza mengagungkan duit sebagai tuhan tapi bukan kreativiti sebagai ukuran adalah berbeza dengan budaya Malaysia. 

Adakah anda tahu kebanyakkan filem-filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman p.ramlee? adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem p.ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat KAYA!. 

KREATIVITI TIDAK BOLEH DINILAI OLEH WANG RINGGIT adakah anda tahu semua itu MR DAVID TEO?.

Dalam kenyataan anda, anda cuba kaitkan dengan anak p.ramlee yang bekerja di DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) sekali lagi anda merendahkan p.ramlee dan keluarganya. Adakah bekerja dengan DBKL tidak semulia bekerja sebagai producer seperti anda?. Saya juga mendapat banyak aduan mengenai produksi anda di mana ada artis tidak di benarkan berkahwin, ada yang terasa diri tertipu dengan habuan yang diberikan oleh produksi anda melalui kontrak-kontrak yang menggunakan bahasa undang-undang yang berbelit-belit bagi mengelirukan artis di bawah naugan anda? adakah anda tahu semua itu atau anda buat-buat tak tahu sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan yang lebih?.


Oleh yang demikian, saya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia mendesak agar DAVID TEO menarik balik kenyataan beliau dan memohon MAAF kepada Keluarga SENIMAN AGUNG TAN SRI DR. P.RAMLEE kerana mengaibkan IKON SENI NEGARA sekeluarga. DAVID juga perlu memohon MAAF secara terbuka kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia mengenai kenyataan beliau ini yang dianggap BIADAP dan KURANG AJAR kerana tidak memikirkan SENSITIVITI seniman-seniman di Malaysia. 

Pesanan saya kepada DAVID TEO jangan jadi KASSIM BABA dalam filem P.RAMLEE ALI BABA BUJANG LAPOK!

PRESIDEN PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA
ZED ZAIDI

-----------

Apakah yang akan dilakukan oleh Mr. David Teo selepas ini?

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan