Bengkel kereta Double S Garage ni buat hal lagi! Orang Shah Alam wajib tahu.

Puan Auni, Penang

Ini kisah tentang bengkel kereta di Shah Alam.

Aku tak tahu jika info ini relevan untuk korang baca. Tapi lebih baik tahu daripada terkena nanti.

Kelmarin aku ke Dataran Otomobil Seksyen 15 lagi. Kelisa kuning minta belaian manja! Iyalah kereta pun dah berusia, jadi kena berikan perhatian lebih sikit.

Tadi pun masa ke Salak Tinggi, kereta tu terasa macam terhenjut-henjut, ada macam sangkut sikit pemanduannya. Mesti something wrong somehere nih! Minyak hitam pun dah mula leaking. Risau juga dibuatnya.

Apa lagi aku pun straight menuju ke sebuah bengkel di Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam. Memang dah biasa ke situ sebelum ni. Walaupun mereka sudah berpindah dari lokasi asal tapi yang aku nampak mereka semakin berkembang.

Dah ada macam-macam tools sekarang ni.

Masalah kereta aku yang leaking pun sekejap je si Hanif selesaikan sambil dibantu oleh Huzaimi. Mereka dengan senang hati akan berikan pandangan dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai. Tentunya penyelesaian yang menyelamatkan poket!


Gambar diatas adalah salah seorang pelanggan yang datang ke Double S Garage, Puan Auni dari Penang yang kebetulan sedang mendapatkan khidmat dari bengkel ini juga sangat berpuashati dengan hasil kerja serta kos servis yang sangat setimpal. Kau jangan main-main, satu Malaysia sudah tahu tentang Double S Garage :)

Huzaimi sedang usaha membaiki kerosakan kenderaan ini.

Aku memang recommend sangat bengkel ni. Sangat-sangat-sangat recommend! Kalau kedai lain, mereka lebih cenderung supaya tukar terus sparepart baru tapi Siong (pemilik bengkel) serta pekerjanya yang dedikasi (Hanif dan Huzaimi) akan usahakan untuk perbaiki dahulu mana yang boleh. Dapat jimat banyakkkkkk! :)

Hanif yang cukup dedikasi untuk berikan khidmat terbaik! Orang kuat Double S Garage ni :)

Iyalah zaman-zaman cukai dan harga minyak berubah setiap minggu memang menuntut kita untuk berjimat cermat. Jika anda ada isu dengan kereta, sila berhubung dengan Siong  +60172453840. Nak tukar enjin pun boleh takde masalah!


Lokasinya berhampiran dengan Surau Addin, Restoran Chinese Muslim Adam Lai dan Restoran MMYankees. Jangan terkena lagi dengan bengkel lain yang entah apa-apa tu!

Nasihat aku, kereta korang tu pastikan sentiasa terjaga servisnya. Terus je ke Double S Garage.. insyaAllah diorang akan tolong. Aku share ni sebab memang aku sangat puas hati dengan hasil kerja mereka yang sepadan dengan kos servis. Semoga Double S Garage terus maju lagi!


* Update:
Terima kasih kepada semua yang sudi share post ini di Facebook. Bila admin risik-risik, memang feedback sangat positif untuk bengkel kereta ni. 

 Klik sini untuk ke Facebook Md Noh Md Yasin


Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan