Berniaga ke? Apa nak buat kalau LHDN datang 'menyerang'?


Sebelum tue saya nk cerita skit TRUE STORY' tentang beberapa kenalan saya yg hidup sebagai 'Pelari Cukai'

+ Ramai kwn² sye yg bisnes online dah kena... tp income diorg bkn la lebat sgt pun.. biasa² jer... yg baru berniaga x smpai setahun pun kena... aduss!!! Yg sale 5-6 angka mmg confirm la kena...

+ Tiba² dpt email surat cinta’ dr LHDN.. dlm email tue mtk dia kemukakan No akaun LHDN dan butiran² lain.. yg x pernah² declare mmg ketaq lutut.. bertahun² bisnes x pernah pun jejak kaki ke LHDN.. akaun pun tkder! Naya beb!

+ Last²  kena saman beribu².. ada yg x mampu nk bayar penalty & tunggakan siap kene buat bayaran instalment dgn LHDN.. dah mcm byr loan bank!



+ Nak melancong jgn harap lah! Kesian.. dah lah bisnes ni kena byk keluar Negara.. tapi sangkut dkt imegresen... niat nk ke UMRAH pun terbantut!

+ Syarikat yg x der bisnes, wajib submit laporan. Kalau x, semua nama dlm borang pendaftarannya akan didenda RM5k seorang.

+ Ramai orang sangka, kalau kita diam² sahaja.... SSM tak tahu kita buat bisnes. Jangan main²! SSM tahu akaun bank anda.

+ Ada peniaga online buat bisnes dgn x daftar syarikat. Duit sale semua msuk akaun bank personal.. Ingat, akaun personal  yg mcm ‘masyukk’  bank bole BEKU kan akaun tue.. Maknanya, x boleh keluarkan duit dah!. Lps bank dah blacklist nama anda nk nyesal pun x guna dah.. Bank ikut arahan Bank Negara. Bank Negara ikut arahan LHDN

+ Enterprise x perlu submit report kewangan kpd SSM, tp kene submit repot  cukai di LHDN jer.. Salah satu cara LHDN mengetahui kita mempunyai income yang banyak melalui pembelian aset yang perlu di buat duti setem.

+ Mcm kes kawan saya tue LHDN mmg sengaja beli produk die.. dan die pun ader perasan staff LHDN order brg die dan suruh pos ke alamat ofis LHDN.. dan satu lagi kawan saya tue mmg ade website dan extension domain die .my jadi kami syak LHDN ada ‘power’ utk selidik website sesiapa saja yg mereka nak.. jadi jaga²...  

+ Enterprise pun wajib declare Pendapatan tau.. kene tax atau tak bukan keputusan anda! Janji declare... Pengalaman saya mula² buka akaun LHDN mmg mudah.. x perlu lantik Tax Agent.. jimat hmpir 1k tau.. buat sendiri free jer.. Anda walk in ke LHDN mmg ramai pegawai² yg ditugaskan utk bantu anda dr ZERO... diorg mmg friendly... lagi² LHDN cawangan Bandar Baru Bangi... 


JANGAN TAKUT...


+ Jika anda belum pernah byr cukai hasil dr pendapatan perniagaan, sebenarnya anda masih diberi peluang oleh LHDN untuk membayar tunggakan cukai dan ada rebat jika anda selesaikan sebelum akhir tahun ini.. Terus pergi ke pejabat LHDN yg terdekat..

+ Jika anda masih belum ada akaun dgn LHDN saya nasihatkan... Jgn LARI ! cpt2 pergi ke LHDN dan mohon buka akaun LHDN anda... 

+ Bila nk daftar tu jgn lupa bawa dokumen bwh ni.. prepare siap² sebelum dtg...
  1. Salinan dokumen pengenalan ( i/c)
  2. Pendaftaran perniagaan (SSM)
  3. PENYATA PENDAPATAN (PENYATA UNTUNG RUGI)

PENTING!

+ Utk sediakan penyata pendapatan @ penyata untung rugi bagi Enterprise anda perlu ada ilmu ttg Perakaunan yg Mantap! Bab ni bukan mudah.. Nak lantik akauntan kalau mampu byr smpai 3k tkpe la... Atau nk langgan system akaun yg kene byr bulan² kalau mampu tkpe la...

Nak solution? Sila klik sini!

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan