Pilu! Si kecil masih terus menagih susu pada ibunya yang sudah meninggal


Ini saat yang sangat menyedihkan. Anak kecil ini berusia 17 bulan berterusan menangis sambil cuba mendapatkan susu dari ibunya yang sudah meninggal dunia.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Madhya Pradesh, India. Apabila pegawai polis tiba ke lokasi, mereka lihat sekumpulan manusia mengelilingi mayat wanita tersebut.

Kata seorang saksi, "Kami nampak sekujur tubuh wanita terbaring berhampiran landasan keretapi dan terus menghubungi polis.

"Tapi apabila kami semakin hampir, rupanya ada seorang anak kecil disebelahnya yang menangis dan cuba minum susu dari ibunya. Ia saat yang sungguh menyedihkan."


Wanita tersebut mungkin mati akibat dilanggar berdasarkan kecederaan yang dialaminya. Kanak-kanak itu dibawa ke pusat kebajikan setempat.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan