Telur ko cuci ke tidak? Ada pengajaran penting disebaliknya


Tidak lama dahulu saya pernah mengikuti kelas membuat kek di kedai pembekal bahan bakeri di Shah Alam. Kek apa jangan tanya sebab saya sendiri pun sudah lupa. Kahkah.

Dalam kelas, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, sekitar 2-3 orang satu kumpulan. Bagi memudahkan, kebanyakan dari kami mengambil keputusan untuk berpasangan dengan peserta yang duduk bersebelahan kami.

Pasangan saya ketika itu seorang wanita bukan Islam, saya gelarkan sebagai R.

Kami diarahkan untuk mengambil peralatan dan bahan yang telah disediakan di sebelah kanan bilik kelas. Saya dan R masing-masing beredar untuk mengambil bahan berdasar pembahagian yang kami tandakan mengikut resepi yang telah diberi.

Segala bahan yang telah diambil kami kumpulkan di atas meja. Seingat saya, antara bahan yang perlu kami ambil ialah telur.
Sementara menunggu arahan yang seterusnya dari guru yang mengajar, saya mengambil bekas berisi telur yang telah R ambil tadi lalu membawanya ke sinki untuk dicuci.

Setelah selesai, saya membawa bekas telur tadi dan meletakkannya semula di atas meja bersama bahan-bahan lain. R dengan wajah yang berkerut bertanya, 

"You buat apa tadi?".
"Oh, I cuci telur tu tadi".
"Cuci? Buat apa? Bukannya kita nak masukkan kulit telur tu sekali dalam adunan pun", kata R lagi sambil mempamerkan riak tidak puas hati.

"Tak apalah. Bukannya susah pun. I cuma ambil langkah berjaga-jaga. Kat kulit telur tu kan ada najis ayam. Nanti lepas pegang telur tu kita nak pegang bahan lain lagi. Kebersihan sangat penting dalam Islam tau. Lagipun manalah tahu kalau-kalau kulit tu nanti terjatuh dalam adunan ke. Tak fasal-fasal kita termakan najis ayam tu sekali", jelas saya panjang lebar.

"Hmmm...ikut suka you lah. Tapi kalau I, I takkan basuh. Buat apa. Buang masa je". Saya ketika itu cuma mampu tersengih macam kerang busuk.

Nak dijadikan cerita, ketika R sedang memecahkan telur ke dalam bekas adunan, dia terlepas kulit telur yang sedang dipegang.

"Opsss...sorry", ujar R sambil memandang saya.

"It's okay. Kulit telur tu tak kotor pun. Tadi I dah cuci guna sabun". R terdiam sebentar.

"Betul cakap you tadi kan. Nampaknya lepas ini I pun nak kena cuci telur sebelum guna. I pun tak sanggup nak makan makanan yang ada najis ayam", kata R lagi sambil menggeleng kepala.

Alhamdulillah. Dan semoga seluruh umat Islam mengamalkan perkara yang sama. Hari itu saya bawa pulang dua pelajaran yang saya dapat. Kek dan kebesaran Allah. Allah kalau nak tunjukkan sesuatu, dalam sekelip mata Dia boleh tunjuk. 

Orang sekarang kata Allah bayar cash. Tinggal lagi kita ini nak sedar ataupun tidak. Jangan buat-buat tak sedar sudahlah.

Perkongsian dari Facebook Afiza Aziz

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan