Butik Hawa milik Puan Halimatusaadiah inspirasi warga Tawau dalam dunia perniagaan

Ini kisah jatuh bangun seorang usahawanita yang cekal dalam menempuh cabaran dunia perniagaan.

Pada tahun 2010, Puan Halimatusaadiah Osman memulakan perniagaan online beliau hanya sebagai agen butik menjual produk orang lain. Oleh kerana kesungguhan beliau, pada tahun 2013 keputusan dibuat untuk terus menubuhkan Butik Hawa.

Walaupun beliau adalah seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata, isteri yang taat dan dengan karier sebagai guru, itu tidak menjadikan alasan mengapa beliau tidak boleh mengusahakan Butik Hawa sebaiknya.

Puan Halimatusaadiah membesar dgn melihat ibubapanya berniaga secara sambilan dan ianya menimbulkan minat utk berniaga. Dengan berbekalkan matlamat sebelum umur 30 ingin membuka butik, akhirnya lahir Butik Hawa pada umur beliau 29 tahun.

Setiap kejayaan perlu diraikan.

Hasilnya.. Butik Hawa selalu dikunjungi oleh para ibu-ibu awesome, surirumah tangga dan wanita bekerjaya yang selalu berkorban utk org lain. Maka untuk menghargai jasa itu, Butik Hawa menyediakan pilihan busana terbaik.

Untuk anda yang tercari koleksi busana menarik menawan cantik, pastikan anda ke Butik Hawa bertempat di Kompleks Fajar, Barisan Bodyshop, Tawau, Sabah.

Atau boleh juga buat pembelian online di page Facebook mereka.





Bila ditanyakan pada Puan Halimatusaadiah, apa yang buatkan beliau memilih untuk mengusahakan butik? Jawapan yang diberi cukup mengesankan. Katanya, beliau ingin membantu para muslimah khususnya ibu-ibu untuk berpakaian dengan lebih baik untuk Allah dan imamnya.




Usaha yang cukup murni oleh Butik Hawa terutama pengasasnya Puan Halimatusaadiah. Tahun ini mereka juga telah menganjurkan dengan jaya Kempen KongsiRezekiRayaHawa 2017 sempena Hari Raya dan telah memberikan hadiah sejumlah lebih RM15,000 yang telah dimenangi oleh hampir 50 orang pelanggan bertuah.


Yang terbaru ialah Pencarian Duta Butik Hawa dengan hadiah bekalan Baju Free Setahun. Rugi tak join tau!





Memang cantik-cantik rekaan busana di Butik Hawa. Harganya pun sangat berpatutan malah berkualiti memuaskan hati. Untuk pertanyaan dan sebagainya, sila klik butang whatsapp di bawah.


Klik here to contact Butik Hawa



Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan