Wajib contohi usaha menjahit yang jadi sumber rezeki wanita dari Johor Bahru ini!

Wanita ini gigih menambah pendapatan melalui kemahiran jahitan yang dimilikinya. Walaupun pelbagai cabaran terpaksa diharungi tetapi kesungguhannya untuk menambah pendapatan demi keselesaan keluarga tersayang jadi azimat penguat semangat kepada Puan Sarina Sahir atau lebih mesra dengan panggilan Puan Ina dari Johor Bahru.

Dari kesungguhan itu terciptalah jenama Arrizq Collections yang kini semakin mendapat tempat di hati ramai orang kerana hasil jahitan yang kemas dan berkualiti tinggi. Produk utama dari Arrizq Collections ialah pelikat pants.



Dengan mengekalkan konsep PELIKAT sebagai material utama kepada pembuatan rekaan kurta, baju melayu, baju kurung, kurung moden, blouse, jubah serta gaun kanak-kanak telah memberikan kelebihan kepada Arrizq Collections.

Arrizq Collections memilih untuk menggunakan kain  pelikat mangga yang sangat selesa dipakai kerana kainnya yang lembut dan tidak panas. Pastinya setiap hasil jahitan Arrizq Collections memberikan kepuasan kepada pemakainya.

Arrizq Collections menjaga kualiti jahitan dan mengekalkan homemade kualiti.

Pelikat pants Arrizq boleh didapati dalam pelbagai saiz.. Dari bayi yang baru lahir sehinggalah dewasa.








Kepada sesiapa yang ingin memborong pula, mereka menawarkan pelikat pants ini dalam bentuk borong / pukal kepada peniaga yang berminat untuk menjadikan ia sebagai perniagaan sendiri dalam usaha menambah pendapatan sampingan.

Untuk membeli boleh hubungi Puan Ina +60197743734

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan