Luahan dari Raja Shamri berkenaan usaha membantu mangsa bah kuning di Kelantan


Saya bukanlah dari NGO yang besar ...
Saya tiada kaitan dengan mana-mana parti politik
Saya tiada jawatan dan tak pernah bertanding dan tak berminat untuk bertanding apa2 jawatan atau kepentingan dalam mana2 organisasi ...

Saya tak ada keahlian dalam mana2 parti politik dan pertubuhan lain ...
Saya tak pernah lancarkan mana2 tabung kutipan derma awam
Saya tak pernah kutip derma
Saya ajak orang ramai2 datang bantu ...
Tak nak bantu tak apa saya tak paksa ...

Saya inspires orang jadi baik
Saya post gambar2 kemisinan orang lain supaya kita sama2 insaf
Muhasabah diri
Besyukur
Dan sama2 datang bantu ...

Saya hanya ajak orang ramai2 jadi orang baik-baik sebab saya dah 15 tahun jadi penceramah ...
Ini kerja saya dari dulu .. bagi insipirasi dan motivasi
Menegur dan memberi contoh
Menjadi ikon dan mentor

Saya tak pernah terima apa-apa peruntukan dari kerajaan negeri dan kerajaan pusat
Tak pernah terima apa2 peruntukan dari orang politik
Tak pernah terima apa2 tender dari mana2 agensi
Tak pernah terima apa2 projek dari mana2 badan dan pertubuhan ...

Saya bina rumah guna tukang kampung
Saya insipres pemuda kampung untuk berjuang mengubah nasib hidup
Saya bagi mereka iman dan kekuatan dalaman
Agar mereka tak hisap dadah dan ambil pil kuda
Saya tiupkan semangat juang dlm diri anak muda

Mereka jadi tukang rumah ...
Mereka bina rumah mereka sendiri dan rumah sanak saudara mereka dengan elaun yang minima dari sedekah dan sumbangan orang ramai ...
Masuk bulan mac tahun ni dah tak ramai yang alert pasal orang miskin mangsa banjir ...
Tak ramai dah yang turun membantu
Terkontang kanting saya dan arwah prof suhaily berjuang nak bantu ... duit sumbangan dah susut ...

Akhirnya ...
Saya terima jemputan ceramah sebanyak mungkin
Saya terlalu penat berceramah ke hulu kehilir nak cari duit utk bantu orang miskin ...
Kaki tiap2 hari berdarah ...

Saya infakkan hampir semua income saya utk kerja2 amal ini ...
Arwah prof suhaily sedih dan kasihankan saya ...
Dia pun turut sama infakkan semua pendapatannya utk misi amal ini ...
Bila Prof Suhaily meninggal dan saya di beritahu dia meninggal tanpa ada saving saya rasa sangat sedih ...
Saya rindukan arwah yg sama2 susah senang membantu orang miskin ... sama2 berlapar ... sama2 susah ...
Sekarang sudah 11 bulan kami non stop membantu ...

Tiba2 tuan2 datang form satu jawatankuasa dan invite saya masuk ke dalam lepas tu nak mengarah saya itu dan ini maka saya katakan beginilah ... saya dah penat ... dah hampir setahun non stop ... tuan2 buatlah apa yang patut .. saya tak berminat nak sertai tuan2 ...

Lagipun 11 bulan kami non stop di mana tuan2 berada masa tu??
Sekarang datang nak arah itu dan ini ...
Jika segala pengorbanan ini tuan2 rasakan masih tak cukup
Tuan2 tidak senang dengan populariti yang saya terima dari Allah dan orang ramai ..
Tuan2 rasa ragu dengan kerja2 amal yang saya dan team telah lakukan ...
Tuan2 ambillah populariti tu
Tuan2 ambillah kontrak dan tender itu
Tuan ambilah siaran kat TV tu ...
Saya dan team tak nak tu semua
Kami nak tolong orang susah je ...
Maka kepada Allah saya serahkan ...

Dan jika tuan2 sebabkan saya dipenjara kerana fitnah dan tuduhan2 pelik tak berasas dlm usaha saya membantu orang2 miskin ini ...

Kepada Allah saya redha dan berserah ...
Kita jumpa di padang mahsyar nanti insyaAllah
Semoga Allah ampuni dosa2 kita ...

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan