Risiko sambung bayar ansuran kereta


Dari Facebook Fadil Mohd Yusof
Kami mendapat banyak pertanyaan dari rakan-rakan berkenaan hal sambung bayar kereta.

Antara masalah yang dikongsikan untuk sambung bayar kereta adalah seperti berikut:-
a) pinjaman mereka tidak lulus,
b) nama berada dalam senarai hitam, dan
c) tidak mempunyai cukup deposit

Melupuskan (disposed off), mengalihkan (removed) atau menjual kenderaan tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada Bank atau dengan mana-mana cara lain, memfraud (menipu) atau mencuba untuk memfraud Bank, adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli.

Jika disabitkan dengan kesalahan tersebut, akan dikenakan denda dalam jumlah tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Antara risiko kereta sambung bayar kepada Penyewa :-
a) Anda mungkin disaman atas kesalahan orang yang sambung bayar kenderaan anda.

b) Anda mungkin disoal siasat oleh polis jika kenderaan tersebut terlibat dalam kes jenayah

c) Anda mungkin disaman Bank jika orang yang sambung bayar tidak membayar ansuran bulanan kepada Bank. Akibatnya, anda mungkin diisytihar Bankrap jika hutang penghakiman melebihi RM30,000

d) Jika berlaku kemalangan ke atas orang yang sambung bayar dan kereta tersebut telah luput insuran dan cukai jalan, anda mungkin disaman atas kapasiti individu untuk kemalangan tersebut.

Antara risiko untuk orang yang sambung bayar kenderaan tersebut adalah seperti berikut:-

a) Jika Penyewa meninggal dunia, anda tidak dapat memperbaharui insuran dan cukai jalan. Kenderaan tersebut juga berkemungkinan akan dinamakan atas nama pewaris ketika proses perbicaraan probet.

b) Anda tidak dapat menukar nama anda setelah kereta tersebut sudah habis dibayar jika Penyewa sudah berpindah ke tempat lain.

c) Ada kemungkinan anda akan disoal siasat jika Penyewa membuat repot kereta mereka hilang.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan