Warga emas mangsa bunuh kejam anak sendiri di Bachok


Lelaki warga emas maut selepas dipukul bertalu-talu oleh anak lelakinya dengan menggunakan kayu dan buluh, kira-kira 5 pagi tadi.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Hujung Repek, Bachok menyebabkan Yasa Muda, 70, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan muka serta hampir putus telinga.

"Suspek berusia 32 tahun dipercayai pesakit mental cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan sebaik serbuan dilakukan.

"Terdahulu, polis menerima panggilan berhubung kes itu pada 5.30 pagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan