Air terjun Kemensah di sini, bukan saja menjadi tempat untuk bercuti pada hujung minggu, tetapi juga turut menjadi lokasi tumpuan warga kota membersihkan diri dan pakaian sejak berdepan krisis bekalan air pada 6 Mac lalu.
Tinjauan NSTP mendapati kebanyakan ibu bapa membawa ahli keluarga mandi-manda di kawasan rekreasi terbabit sempena hujung minggu.
Salah seorang pengunjung, Mohd Aizat Hafiz,27, berkata dia yang tinggal di Bukit Belacan, Ampang mengambil kesempatan untuk mencuci pakaian semasa mandi di air terjun berkenaan.
"Memang susah sebab urusan harian terjejas apabila tiada air. Saya guna peluang yang ada untuk mandi dan cuci baju yang sudah bertimbun di rumah.
"Kebetulan hari ini pun cuti, jadi saya habiskan masa bersantai di sini," katanya.
Bagi Mohd Hasri Mohamed, 27, dia sekeluarga datang dari Bukit Jalil untuk menyejukkan badan sambil berkelah.
"Memang sukar untuk isteri saya uruskan dua anak apabila air tak ada. Saya mandikan mereka sekali sahaja sehari dan bekalan air yang diperolehi dicatu untuk memasak dan urusan lain.
"Memang penat kerana bantuan bekalan air pun tiba tanpa jadual dan penduduk perlu sentiasa bersedia sekiranya lori tangki datang di kawasan kediaman.
"Justeru itu, hujung minggu begini baik kami sekeluarga keluar dan anak-anak boleh mandi sepuasnya," katanya.
Loji Rawatan Air Selangor (LRA) Fasa 3 (SSP3) kembali beroperasi mengepam bekalan air secara berperingkat bermula semalam.
Bagaimanapun, proses pemulihan bekalan air bergantung kepada tekanan di sistem agihan, lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.
Home
/
Air Terjun
/
Isu Semasa
/
Kemensah
/
Lembanh Klang
/
Air terjun Kemensah jadi lokasi tumpuan warga Lembah Klang hujung minggu
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan