Fuad sanggup lakon aksi 'panas'
Bakat baharu berasal dari Singapura, Fuad Hakim sedia melakonkan aksi 'panas' biarpun tahu ia boleh mencetuskan kontroversi dan kecaman netizen.
Fuad, 28, yang pernah merangkul gelaran Juara Manhunt Singapore 2015 berkata, sebagai pelakon, dia tidak boleh memilih watak dan perlu menggalas tanggungjawab mengikut skrip.
"Apabila memilih kerjaya sebagai pelakon bermakna saya perlu beri komitmen terhadap apa juga watak yang diberi.
"Sekiranya pengarah mahu saya melakonkan babak 'panas', saya akan penuhi permintaan itu asalkan tidak keterlaluan dan mengikut skrip
"Lagipun, ia sekadar lakonan, kalau saja-saja nak suruh saya buat begitu, memang tidaklah," katanya kepada BH Online.
Biarpun bergelar model profesional dan pernah memperagakan pakaian dalam, namun tidak bermakna Fuad mahu terus dikenali sebagai pelakon yang berani mendedahkan tubuh.
"Saya kena berhati-hati supaya tidak dituduh main 'sapu' segala tawaran tanpa melihat hasilnya," katanya.
Dalam perkembangan lain, jejaka yang memiliki ketinggian 181 sentimeter ini turut mengintai peluang di Malaysia.
"Saya ada menghadiri sesi uji bakat. Bezanya sesi uji bakat di Malaysia dan Singapura adalah semuanya dilakukan secara spontan, di sini.
"Mereka cuma beri situasi dan perwatakan. Kalau di Singapura, kita berlakon ikut skrip yang disediakan. Jadi, di Malaysia, prosesnya lebih mencabar," katanya yang menjadikan Datuk Aaron Aziz sebagai idola.
Di republik itu, Fuad bukanlah wajah asing kerana pernah membintangi beberapa drama antaranya Firasat 2 dan Lion Mums.
0 comments :
Catat Ulasan