Tindakan Jelik Lelaki Ini Di Dalam Lif Ampang Jaya


POLIS memburu lelaki yang bertindak jelik dengan melakukan onani ketika menaiki lif bersama wanita, 53, di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya, semalam.

Insiden terbabit yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) lif berdurasi 51 saat itu turut tular di laman sosial.

Video itu menunjukkan lelaki terbabit memegang telefon bimbit dengan menggunakan tangan kanannya, manakala tangan kirinya melakukan onani di hadapan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kejadian itu berlaku dalam lif di pangsapuri terbabit pada 4.40 petang semalam.

“Mangsa memang berada dalam lif sebelum suspek tiba-tiba masuk.

"Tangan sebelah kanannya memegang telefon bimbit, manakala tangan kirinya memegang kemaluan sambil melakukan perbuatan melancap di hadapan mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang bekerja sendiri tidak mengenali suspek dan setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan