Filem Chong Wei cipta dua rekod


LEBIH 20,000 penonton dalam dan luar negara memeriahkan World Premiere Filem Biografi (Biopik) Lee Chong Wei: Rise Of The Legend yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.

Tayangan perdana filem terbabit mempertontonkan versi potongan pengarah (director's cut) berdurasi 133 minit berbanding 110 minit tayangan di pawagam tempatan.

Filem terbabit adalah kisah mengenai ikon badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei.

Tayangan filem itu dipancarkan menerusi layar LED berukuran 40 meter panjang dan 17 meter tinggi sekaligus tercatat dalam Rekod Buku Malaysia (Malaysia Book of Records) dan Buku Rekod Asia (Asia Book of Records) sebagai tayangan filem terbesar.

Menurut pelakon Datuk Rosyam Nor, malam ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila hampir 20,000 penonton hadir menyaksikan filem bakal memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

“Mengalas watak sebagai Datuk Misbun Sidek, seorang jurulatih bertanggungjawab membina dan membawa kejayaan demi kejayaan buat bintang dunia badminton seperti Chong Wei adalah sesuatu yang bukan mudah.

“Saya harap anda semua teruja menyaksikan filem itu,” katanya.

Tambah menarik, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Chong Wei sendiri termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Filem biopik itu dijangka ditayangkan di lebih 5,000 pawagam di China, Taiwan, Jepun, Singapura, Hong Kong dan beberapa negara Asia.

Watak Chong Wei dibawa oleh Tosh Chan.

Filem itu akan ditayang di pawagam tempatan bermula 15 Mac ini.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan