Nafi rog*l gadis Kinabalu
DUA lelaki mengaku tidak bersalah apabila dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan secara berkumpulan di Beaufort, tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh Sudirman Mahyuddin dan Kamaruddin Amir didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Azreena Aziz.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun antara 11 malam 4 September 2017 hingga 6 pagi keesokkannya di sebuah rumah tumpangan di Beaufort.
Dua lagi rakan mereka yang turut terbabit melakukan perbuatan itu, iaitu Mohammad Gerseyrey Abd Mulok dan Mohd Dzulhilmy Ibrahim, sepatutnya turut didakwa bersama hari ini, tetapi tidak hadir di mahkamah.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Husna Abd Halim.
Azreena menetapkan 16 April ini untuk pengurusan kes, manakala 2 hingga 3 Julai dan 30 hingga 31 Julai depan untuk perbicaraan terhadap Sudirman dan Kamaruddin.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun. Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
0 comments :
Catat Ulasan