Lecturer UUM Dr Kamarul Zaman Yusof tidak dipecat kerana mengkritik Tun Dr. Mahathir


PENGANALISIS politik, Dr Kamarul Zaman Yusof yang terkenal dengan kelantangan mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipecat Universiti Utara Malaysia (UUM), sebaliknya hanya meletak jawatan sebagai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) universiti itu.

Naib Canselor UUM, Datuk Seri Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, walaupun lantang mengkritik Perdana Menteri, pihaknya tidak memecat penganalisis politik itu kerana kritikannya bukan mewakili universiti berkenaan.

“Kritikan Kamarul Zaman adalah pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan UUM. Beliau sudah menghubungi saya semalam berhubung peletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa hari ini dan pihak universiti tidak menghalangnya,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri ceramah Profesor Kursi CIMB-UUM, Prof DrJonathan A Batten bertema ‘Apa yang dilalui sebelum ini, tidak sama dengan masa depan’ di Kuala Lumpur, hari ini

Semalam, Kamarul Zaman mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengarah Mapan UUM dan ketika menjawab pertanyaan di Facebook berhubung keputusannya, beliau berkata: “Saya dianggap anti-Mahathir dan ini boleh menyusahkan UUM.

Kamarul Zaman dalam kenyataan berkata, dia banyak menerima pertanyaan mengenai keadaannya berikutan dakwaan beliau termasuk dalam senarai dikatakan akan dikenakan tindakan kerana mengkritik Dr Mahathir dan Pakatan Harapan (PH).

Pada forum Sinar Harian 22 Mac lalu, Kamarul Zaman berhujah Dr Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Kemunculan mengejut Dr Mahathir pada forum itu dan duduk di kerusi barisan depan menyebabkan beliau kelihatan kekok dan ketika sesi bergambar, Dr Mahathir dilihat memberi ‘renungan tajam’ kepada Kamarul Zaman yang tertunduk.



Sementara itu, mengenai Kabinet baharu kerajaan PH membabitkan tiga kementerian sudah diumumkan iaitu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Mohamed Mustafa berkata, pemimpin terbabit mewakili parti masing-masing.

“Kita sepatutnya memberi peluang mereka mentadbir dulu dan terlalu awal untuk mengkritik serta mengulas prestasi menteri kanan terbabit,” katanya.

******

Hari tu acah-acah deep nak kritik Tun Dr. Mahathir, alih-alih ketaq bila cakap berdepan. Phuihhh! Buat malu ja!



Kalau korang belum tengok video lawak dia, boleh tonton kat youtube ni ya :)


Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan