(Viral) Affiliate Junction perdaya pengguna Mykad?


Nampaknya masih ada lagi yang masih belum faham mengenai AJ walaupun byk yang sudah tau mengenai AJ dalam page ni. Admin dapat banyak PM bertanyakan soalan yang sama kenapa , bagaimana AJ ini dilihat sebagai scam. So, mari sini kita belajar ABC mengenai AJ .

Apa itu AJ ?
- Nama penuh AJ adalah affiliate junction dibawah naungan syarikat yang berdaftar I-synergy International (M) Sdn. Bhd. Tujuan utama AJ ataupun dikatakan core bisnes AJ adalah peneraju affiliate marketing secara offline dan online , dimana AJ membantu 3 pihak

1.) Pemegang mykad
2.) Pekedai
3.) Pemegang lesen

Tugas mudah shj , pemegang lesen kononnya membantu pemegang mykad berebelanja secara bijak dengan merefer mereka ke kedai yang berdaftar dengan IS dimana apabila mereka membeli belah dengan menggunakan mykad mereka akan mendapat cash rebet dan cash point yang boleh redeem barang.

kedua , pemegang lesen juga membantu pekedai mendapatkan pelanggan dengan cara merefer kedai tersebut utk berdaftar dalam program mssp di mana pekedai tersebut akan dipromote oleh pemegang lesen tersebut sendiri , melalui aplication android percuma (MSSP) , dalam buku mssp dan juga di dalam website www.mykad.aj.my , dengan cara ini mereka akan jimat banyak kos pengiklanan kerana mereka hanya perlu bayar pelangan yang di refer oleh pemegang lesen . 

Kos yang perlu dikeluarkan adalah untuk mendapatkan terminal mykad reader , internet setiap bulan serta top up cash rebet dalam terminal tersebut.

Sebagai , ganjaran mereka akan mendapat 1% daripada perbelanjaan mykad yang diaktifkan secara percuma seumur hidup serta 1% daripada keuntungan kedai tersebut seumur hidup.



Aplikasi ini disokong oleh JPN , sila lihat website JPN dan disenaraikan dalam kegunaan mykad ke 50 oleh MDEC. Walau bagaimana pun , core bisnes AJ ini hanya sebagai wayang dimana pendapatan utama syarikat yang sebenarnya pejualan lesen dan bukannya mengaktifkan mykad seperti yang diwar-warkan.

Dan pihak JPN serta MDEC tidak pernah mewartakan menyokong penjualan lesen seperti yang dilakukan sekarang ini , apa yang di nyatakan adalah :

"Sokongan rasmi yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) adalah untuk mengiktiraf serta menggalakkan inisiatif dan promosi dalam penggunaan kad pintar di kalangan sektor komersial swasta"

Rujuk sini!

Berhati-hati , kerana apabila anda sudah bermula dalam AJ , walaupun hanya mengisi borang pendaftaran anda akan difollow up secara berterusan perlahan-lahan anda akan dibrainwash sehingga dalam kepala anda, anda akan lupa bahawa tujuan utama anda sebenarnya adalah mengaktifkan mykad , tetapi lama-kelamaan anda akan diclosing ke lesen yang lebih besar disebabkan anda akan diajar mengejar pangkat.

Sila baca agreement yang anda tandatangan kerana semua permasalahan pada masa akan datang akan dikembalikan kepada anda . Kerana agreement tersebut adalah diantara pemilik perniagaan dan pemilik perniagan.

Terdapat byk lagi module brainwash dan follow up yang lain dalam sistem AJ , seperti sistem pembelajaran SKS , preview setiap minggu , preview besar seperti ASKL , kem seperti AR yang akan menyentuh emosi anda supaya benar-benar bertekad ingin berjaya dalam AJ , LT dan HLT.

Dislaimer :
Admin sokong core bisnes aktifkan mykad dan membantu kedai dalam sistem affilite , tetapi admin x bersetuju dengan penjualan lesen sehingga loan membuta tuli sehingga RM22k da RM110K ++..

Sumber: Informasi Viral Terkini





Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments :

  1. 0. Klu beli lesen RM 22,000, pastu register mykad org je, brp tahun mau cover modal lesen ??? tu blum kira untung lagi...

    klu x dpt cover modal, tu sbb nk jual pulak lesen....mana ada MLM / Affiliate yang jual lesen...confirm kena kencing....check la phytoscience affiliate, sekali register for lifetime....xde pun bukak company CEO Enterprise syok sendiri...phytoscience ada produk, AJ ada apa ? hahaha...

    1. AJ wajib ada lesen klu nk taja/sponsor org utk register mykad - paling cikai RM 1000...klu nk jadi dealer, RM 2000 to RM 4000, yg paling tinggi RM 22000 rasanya.

    2. Klu jadi dealer, confirm kena register company Enterprise.

    Persoalan ? AJ nie MLM ke bukan MLM ke itu citer lain......mana ada MLM kena beli lesen...pastu mana ada MLM kena buka company Enterprise kalau dah join....
    mmmmmm.....nmpk sgt ada funny2 things kan ???...

    3. Klu dah inject modal RM 1000 tu (paling cikai), and taja org/kedai utk register mykad, BERAPA TAHUN NK RECOVER MODAL RM 1000 TU DULU SBLM UNTUNG
    AND LESEN PUN NK KENE RENEW gak.....

    4. Klu dah inject modal RM 2000-4000 tu, and taja org/kedai utk register mykad, BERAPA TAHUN NK RECOVER MODAL/LESEN RM 2000-4000 TU DULU SBLM UNTUNG
    AND LESEN PUN NK KENE RENEW gak.....

    5. Klu dah inject modal RM 22000 tu, and taja org/kedai utk register mykad, LU PIKIRLAH SENDIRI...

    6. Cakap jer jana pendapatan 5 angka, 6 angka RM xxx,xxx cehhhh....TAPI ITU SEBENARNYA SALES utk company I-Synergy, BUKAN KORANG PUNYA INCOME PUN...
    yg msk dlm account cuma 0.05 sen, RM 4.00, RM 15.00, RM 30.00, RM 50.00 .....CUBA KIRA TENGOK DLM 1 BULAN brp ACTUALLY yg masuk pastu TOLAK MODAL LESEN AJ yg korg beli tu...BRP YG KORANG DPT SEBENARNYA....

    Kebanyakan pattern/konsep Affiliate tu lebih kurang sama, cuma approach sj yg berbeza...

    sape kene tipu, sape kene kencing...lu pikirlah sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jual lesen AA, dapat RM6600. Tidakkah itu lumayan?

      Padam
  2. hai,sy nk tnya psl ni..ada perkembangan x?sbb br2 ni sy terjumpa iklan utk jd affiliate aj

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada..program ni dah terlibat di negara indonisia...dan ktp indon boleh guna pada bln 4 ni...sbrg prtyaan emel saya mohammadnizam913@gmail.com

      Padam
    2. Ada..program ni dah terlibat di negara indonisia...dan ktp indon boleh guna pada bln 4 ni...sbrg prtyaan emel saya mohammadnizam913@gmail.com

      Padam
  3. hai,sy nk tnya psl ni..ada perkembangan x?sbb br2 ni sy terjumpa iklan utk jd affiliate aj

    BalasPadam
  4. Semakin org kecam.. Semakin maju affiliate junction.. Haha.. Trima kasih sotong kicapp.. Msti ramai yg curious nk thu psl aj.. Then diorg siasat.. Lpas tu diorang faham.. Then diorg join .. Hahaha.. Trima kasih sotong kicapp.. You're very2 good good good...

    BalasPadam
  5. kalo tipu, mengapa BNM atau KPDNKK tidak ambil tindakan? syarikat sudah beroperasi dr 2008 dan semakin berkembang pesat.

    BalasPadam