Kpop, Running Man.. Apa yang dapat kita pelajari darinya?

Rata-rata kita sudah tahu tentang pengaruh Kpop terhadap remaja kita. Ada yang positif dan juga negatif. Begitu juga dengan rancangan realiti Running Man yang sudah menjengah lebih 7 tahun dalam industri.





Gelagat lucu dan mendebarkan dari Jae Suk, Haha, Kwang Soo, So Min, Suk Jin, Ji Hyo, Jong Kook dan Se Chan membuatkan kita ketawa dengan aksi mereka.

Apa yang positif dari perkembangan ini?

Bagaimana mereka meluaskan pengaruh melalui hiburan, melalui teknologi dan sebagainya?

Mungkin anda tidak sedar bahawa pengaruh Kpop dan Running Man serta Korea Selatan secara umumnya sudah menular ke seluruh dunia?

Apa strategi mereka?

Terdapat satu kajian khusus seramai 120 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Selangor menunjukkan bahawa drama Korea memberikan kesan positif kepada sahsiah serta sikap individu yang ditemuduga. Ini adalah kajian oleh sebuah universiti di Malaysia.

Bila disebut sahaja Korea Selatan, kebanyakan rakyat Malaysia akan bercakap tentang drama-drama mereka yang ‘romantic’, artis-artis mereka yang ‘cute’ dan lagu-lagu mereka yang ‘best’. 



Kegilaan sebahagian rakyat Malaysia terhadap artis-artis Korea ini boleh dilihat sehingga tercetusnya kontroversi yang tidak sedap didengar dan dilihat.

Amat susah sekali bagi masyarakat kita untuk bercakap atau memfokuskan tentang kejayaan Korea Selatan dalam pembangunan negara yang telah mereka kecapi, bahkan turut mampu mengeluarkan barangan-barangan yang berkualiti dan diiktiraf dunia, ditambah pula dengan teknoloji yang sangat maju dan institusi-institusi pengajian mereka yang baik.


Seeloknya kefanatikan sebahagian rakyat Malaysia terhadap hiburan-hiburan mereka itu dapat membuatkan mereka turut memfokuskan kemajuan mereka dari segi teknoloji dan sikap mereka yang disiplin, teratur dan cekap juga boleh dijadikan contoh teladan untuk dipraktikkan di negara kita, tidakkah ini menguntungkan negara juga?

Ambil yang positif.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan