Petua atasi gout ini mungkin jawapannya
Siapa yang pernah kena je yang tau betapa azabnya penyakit ni. Nak berjalan sakit, nak solat sakit, nak berdiri sakit. Ni la masalah biasa yang dihadapi oleh pesakit gout. Puncanya sebab kandungan asid Urik yang tinggi.
Nak tak nak, pesakit gout perlu berpantang. Seafood, daging merah, organ dalaman, semua ni antara makanan yang dilarang untuk pesakit. Tengok je la yang boleh. Sedihkan.
Okay, mungkin petua dari Cik Mil Neena ni boleh membantu korang yang ada masalah gout. Petua ni pun dia cuba sendiri dekat suami dia. Hasilnya, suami dia makan udang dekat 1kg relak je. Lepas tu, 2kg turun. Menarik kan?
Korang try la sendiri ye.
HARI ni saya nak share satu petua bagi sesiapa yang ada gout. Alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.
Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak jalan, last-last terpaksa la makan ubat farmasi. Allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!
Bahan-bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan InshaAllah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit.
Bahan-Bahan
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit
Cara Penyediaan
1. Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli kat lazada RM179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.
2. Atau bagi yang nak guna mesin pengisar. Tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
Cara Guna
1. Minum 2 kali sehari.
2. Satu gelas selepas bangun tidur (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tidur (malam).
Nota Tambahan
1. Kalau malas macam saya sebab nk kena basuh bekas jus, jadi buat jus untuk dua hari siap-siap.
2. Maknanya gandakan bahan di atas kemudian masukkan dalam botol kosong.
3. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.
Hasilnya
Kesan dalam masa sebulan ni. Makan udang dekat 1kg. Suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama dekat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.
Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia.
Sumber: Cik Mil Neena
0 comments :
Catat Ulasan