Positif ganja Sofi Jikan ditahan reman
PELAKON filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairol Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 47 tahun yang terkenal dengan tagline 'kasi sengat'.
Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, Sofi Jikan yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada 11.25 pagi.
Suspek yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman 30 minit kemudian.
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara jam 11 malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.
0 comments :
Catat Ulasan