Pemanduan kereta yang cermat serta penjagaan yang teratur akan membantu anda menjimatkan kos maintenance kereta.
Bayangkan anda tengah drive, samada kat highway ke, kat jalan perumahan atau tengah jem tiba-tiba anda perasan suhu enjin anda dah sampai ke ‘HOT’ dah, aircond anda mula rasa panas, anda pun cuba tengok kat suhu enjin ok ke tak? Yang takde suhu enjin tu tengok ade tak lampu kapal layar merah tu menyala?
Mane yang tak perasan tu terus je kereta breakdown. Yela, bawak kereta tak reti tengok panel meter, entah lampu pasang ke tak waktu malam pun tak tau kan? Tau-tau je kereta berenti tengah tengah jalan! Jadi mari kita tengok kenapa suhu anda tiba-tibe melonjak naik dan kemudian apa nak buat bila situasi ni berlaku!
1. Kebocoran system penyejuk.
Perkara biasa yang berlaku. Jadi sebulan sekali tu rajin-rajinlah bukak bonet kereta dan periksa air radiator tu. Bukan air tu saja nak cek, elokla cek sekali paras minyak enjin ke, minyak brek ke, air bateri ke, air wiper. Jadikan kebiasaan.
Kalau sebulan sekali anda kene tambah air atau coolant dalam tangki simpanan air radiator anda, dah ade kebocoran kecil la tu, biasanya air takkan hilang tanpa sebab walaupun 3 bulan tak isi. Tapi baca betul-betul paras FULL tangki tu, kalau isi penuh-penuh sangat pun, air yang melebihi takat penuh tangki tu akan keluar sendiri dan takat yang perlu je ada dalam tangki tu sampailah berbulan-bulan kalau tak bocor.
Jadi kalau bocor biasa kat mana yang bocor?
a) Water pump
Pam air yang mengalirkan cecair penyejuk ke seluruh enjin. Biasanya kalau tukar timing belt tu anda akan disaran menukar pam air tu sekali kerana jangka hayatnya pun lebih kurang 100,000km, timing belt 80,000km. Jadi alang-alang tukar jela, nak kurang la kos pemasangan. Pam yang rosak tak mampu mengalirkan air ke seluruh enjin atau keborocan pam akibat pengaratan menyebabkan pam air perlu ditukar.
b) Hos radiator
Hos atau saluran bocor atau sambungannya bocor kat mana-mana. Kos baiki ni agak rendah tapi eloklah flush sekali radiator anda tu.
c) Radiator atau casing radiator
Radiator tu sendiri boleh bocor, atau penyambungan radiator tu bocor akibat pengaratan. Radiator boleh dikimpal kembali atau terus menukarnya. Casing atau penutup radiator bahagian atas juga selalu retak atau bocor, Kos ni pun tak terlalu mahal tapi mampu mencecah seratus atau dua ratus ringgit untuk kereta biasa.
Jika kebocoran adalah punca, dan kebocoran tu tak terlalu teruk tak banyak air keluar. Tunggu sehingga enjin sejuk dan tambahkan air dengan penuh, kemudian anda boleh teruskan perjalanan ke bengkel terdekat. Kerap berhenti dan periksa air dan tambah jika perlu.
2. Kipas Radiator tak berfungsi
Bergantung pada suhu enjin anda berapa tinggi. Kalau meter suhu tu naik turun seolah sedang bermain-main dengan mata anda dan bila anda semakin laju ia normal dan anda memandu perlahan ia naik, berhenti di tepid an matikan terus enjin. Jangan biarkan anda mengambil risiko berkenaan.
Hubungi mekanik anda jika berdekatan atau hubungi wakil insuran anda atau AAM jika ada. Mereka mungkin boleh menyelesaikan masalah anda sementara sehingga anda boleh memandu ke bengkel anda atau mereka akan menarik kereta anda ke bengkel berdekatan atau pilihan anda.
3. Thermostat Bermasalah
Thermostat merupakan suis untuk mengawal pusingan air dalam enjin. Tugas thermostat adalah untuk mendapatkan suhu yang secukupnya supaya enjin berfungsi dengan baik, tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas, jika ia panas thermostat akan membenarkan penukaran air yang sejuk dari radiator masuk ke dalam enjin dan air yang panas dari dalam enjin ke radiator. Jika thermostat bermasalah dan tak mampu berbuat demikian, suhu enjin anda boleh menjadi sangat panas. Berhenti tepi apabila bacaan suhu meningkat dan dapatkan bantuan.
4. Radiator Bermasalah
Radiator boleh tersumbat akibat pengaratan, ia akan menghalang pengaliran air sejuk ke dalam enjin. Ada setengah punca bukan akibat ia tersumbat tetapi oleh kerana terlalu banyak karat dalam radiator itu akan membuatkan suhu dalam radiator itu lebih tinggi dan tak membantu penyejukan air dalam radiator.
5. Tali sawat tergelincir
Tali sawat boleh tergelincir jika tidak diketatkan dengan betul, perkara ini akan membuatkan pam air anda tidak berfungsi dan tak mampu mengalirkan air ke dalam enjin.
6. Penutup Radiator Bermasalah
Penutup radiator yang bertulis 0.9bar atau 1.0 bar tu berfungsi untuk mengawal tekanan dalam radiator anda dan mengelakkan sebarang wap atau air radiator terkeluar. . Cecair yang mengalami tekanan mempunyai takat didih lebih dari 100 darjah selsius.
Jika penutup radiator anda bermasalah, ia tak mampu mengawal tekanan menyebabkan takat didih air menjadi rendah dan mendidih di dalam radiator. “Return seal” atau pengedap untuk kembali yang rosak pada penutup radiator juga akan menyekat air untuk kembali ke radiator setelah radiator sejuk.
Menyebabkan terjadinya vakum yang boleh menyebabkan hso radiator rosak. Ini akan menyekat air radiator untuk mengalir ke dalam enjin apabila hos berkenaan tidak kembang semula selepas enjin mula panas. Dan seterusnya, penutup radiator yang bocor boleh menyebabkan air mengalir keluar.
7. Punca lain seperti ekzos tersumbat, ignition timing yang terlalu lambat atau cepat, udara luar yang sangat panas, brek kereta yang tersangkut atau lupa dilepaskan sewaktu memandu juga boleh menyebabkan suhu enjin meningkat naik selain perkara di atas.
Simptom pemanasan enjin:
Panas ketika jalan sesak atau idling yang lama:
1. Kurang coolant atau air radiator (bocor)
2. Penutup Radiator bermasalah
3. Kipas radiator tidak berfungsi
4. Gasket Head Cylinder bermasalah
5. Pam air berkarat atau bermasalah
Suhu meningkat apabila memandu laju atau ketika memecut:
1. Radiator kotor atau tersumbat
2. Penutup radiator bermasalah
3. Pam air bermasalah
4. Hos radiator bermasalah
Suhu meningkat apabila keluar dari lebuhraya atau apabila memandu perlahan
1. Kipas radiator bermasalah
2. Penutup radiator bermasalah
Suhu meningkat sekali sekala
1. Kurang air radiator (bocor)
2. Penutup radiator bermasalah
3. Masalah elektrik atau pendawaian kenderaan
4. Kipas radiator bermasalah
Suhu meningkat selepas enjin dihidupkan
1. Masalah pada pendawaian, elektrik atau sensor
Suhu lebih dari separuh sepanjang masa
1. Radiator atau sepanjang pengaliran air tersumbat atau berkarat
2. Penutup radiator bermasalah
3. Thermostat bermasalah
4. Kipas radiator patah atau rosak
5. Hos radiator bermasalah
6. Sisik radiator berkarat atau rosak
Buih pada bekas simpanan air radiator
1. Cylinder Head Gasket rosak
Suhu meningkat naik agak bahaya, jangan tunggu sampai enjin anda mati! Jika ia berlaku agak terlambat, anda mungkin terpaksa menjalani top overhaul yang berkos RM1000-3000 atau menukar Cylinder head baru yang juga berharga lebih kurang RM1000-3000 untuk terpakai dan boleh mencecah RM5000 untuk yang baru!
Simpan maklumat ini! Share di wall Facebook untuk rujukan masa depan.
Home
/
Bengkel Kereta
/
Mekanik
/
Pomen
/
Tips
/
Temperature enjin kereta overheat.. Apa patut anda tahu?
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan