Lua didakwa berada di bawah pengaruh alkohol sebanyak 111mg/100ml (nafas) iaitu melebihi 76mg/100 ml daripada had yang ditetapkan iaitu 35mg/100ml. Berdasarkan pertuduhan, ekoran keadaan itu, dia gagal mengawal kenderaan yang dipandunya dan menyebabkan kecederaan terhadap anggota peronda polis Nor Alhayari Buyong, 58, dan Zainal Abu Bee Din, 50.
Lua didakwa melakukan kesalahan itu di di Jalan Pudu dari arah Jalan Pudu menghala ke Pusat Bandar pukul 8.55 pagi pada 22 Jun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM8,000 dan maksimum RM20,000 dan penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Zura Syazween membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai serta menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan kes.
Kes yang membabitkan Lua adalah susulan daripada video durasi lima minit yang menjadi viral dalam media sosial sejak Isnin. Ia menunjukkan insiden perlanggaran antara sebuah kenderaan jenis Volkwagen Polo dengan sebuah kereta peronda polis yang keluar dari sebuah terowong.
0 comments :
Catat Ulasan