(Isu Jerebu) Malaysia tidak berterima kasih untuk 11 bulan udara bersih dari Indonesia kata Jusuf Kalla


Memang kronik kebodohan Naib Presiden Indonesia ni. Keluarkan statement sikit punya bengap! Dia merujuk kepada situasi yang semakin meruncing ketika ini dengan masalah jerebu melanda ruang udara Malaysia sekarang.

Hari ini kerajaan mengarahkan untuk menutup sekolah-sekolah di Malaysia yang terjejas dengan masalah jerebu. Timbul pula si bodoh Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden Indonesia mengeluarkan kenyataan dah macam level tuhan.
Untuk 11 bulan mereka menikmati udara bersih dari Indonesia tetapi mereka tidak berterima kasih kepada kami.
Baru alami masalah jerebu selama 1 bulan dan mereka lantas melenting marah.
Apa kau ingat kau tuhan ke Jusuf Kalla yang berikan udara kepada orang lain? Dah sememangnya punca jerebu akibat dari aktiviti pembakaran terbuka di Indonesia yang saban tahun dilakukan. Sewajarnya ia ditangani segera kerana ini bukan masalah kali pertama! Apa kau fikir kami di Malaysia dan Singapura hanya tahu merungut sahaja?

Kalau bukan kerana anak-anak kami alami masalah pernafasan akibat dari kebodohan kerajaan Indonesia mengurusi hal pembakaran terbuka ini maka tidak akan ada masalah jerebu timbul. Selanjutnya Pak Kalla harus sedar semua ini.

Jusuf Kalla ini jugalah manusia yang pernah menggempar media apabila melarang masjid memasang alunan mengaji Al-Quran satu masa dulu.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan