Jijik! Pendatang asing yang sembelih ayam? Kat mana ni


Operasi sebuah pusat penyembelihan dan memproses ayam di Bukit Puchong di sini, lumpuh selepas hampir semua pekerjanya yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pihak berkuasa awal pagi Selasa lalu.

Dalam serbuan jam 1 pagi semalam, seramai 22 warga asing diperiksa manakala 21 daripadanya ditahan pihak imigresen atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah, pas tamat tempoh dan salah guna pas. Timbalan Penolong Pengarah Penguat Kuasa Imigresen Selangor Mohd Sayuti Ayub berkata, serbuan dilakukan ketika semua pekerja sedang berehat di asrama masing-masing tidak jauh dari kawasan pusat penyembelihan berkenaan.

“Warga asing yang ditahan berasal dari Bangladesh, India, Indonesia dan Pakistan. Malah ada antara mereka yang ditahan itu pelanggan pusat penyembelihan itu yang mengambil bekalan ayam.

“Bagaimanapun seramai 10 pekerja warga asing pusat penyembelihan itu melarikan diri berdasarkan pemeriksaan kami pada kad kedatangan mereka,” katanya.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan