Tuah memang menyebelahinya dalam bidang seni tanah air. Jika artis baru lain terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk memegang watak heroin, ia sebaliknya buat pendatang baru Nur Risteena, 26. Selepas dua tahun berlakon, dirinya sudah menjadi buruan produser dan pengarah drama serta filem.
Pelakon yang digilap bakatnya daripada drama Playboy Itu Suami Aku ini mengakui dia juga tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon ketika ini. Apa yang menarik, setakat ini Risteena sudah diberi kepercayaan beraksi dalam empat filem iaitu Mamak Cupcakes, Girlfriend Kontrak, Chowrasta dan Anak Mami Nasi Kandaq.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar Nur Risteena Munim Zainul Ilyas ini mengakui dia masih tidak percaya dengan apa yang dikecapinya ketika ini.
Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
0 comments :
Catat Ulasan