Seorang model lelaki memperoleh pendapatan lebih £100,000 (RM541,497) dengan bergaya seperti wanita untuk jenama terkemuka termasuklah Ray-Ban, L’Oreal dan Diesel. Stav Strashko, 21, berkata, dia sering disalah anggap sebagai wanita sehingga menyebabkan dia selalu digoda oleh lelaki.
Memiliki tubuh yang langsing, tulang pipi elegan dan rambut perang yang cantik membolehkan nama Strashko semakin terkenal di dunia peragaan. Strashko yang menetap di sini bersama teman lelakinya, dikesan oleh seorang pencari bakat ketika membeli-belah, lima tahun lalu.
“Pencari bakat itu memberitahu struktur tulang saya mengagumkan dan bentuk tubuh badan saya sesuai untuk menjadi model.
Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
0 comments :
Catat Ulasan