Pakcik OKU minta keluarkan duit, apa yang berlaku seterusnya?

Baru ja sebentar td aku jln nk bli brg..aku terserempak dgn pakcik ni..aku ingtkn dia nk jual tisu so aku trus turun dr kaki lima sambil tgn dh seluk dlm beg nk cr duit RM.

Bila smpai je kt dia,dia keluarkn kad bank n no pin bg kt aku suh kuarkn duit. Ya Allah dari td dia tgu2 tgh panas rupanya menunggu org untuk membantu dia rupanya. Aku tnya brpa pakcik nk kuar duit ni..dgn pelat2 ckp yg aku xpaham dan jari menunjukkn empat..aku tnya 400 ke pakcik? dia angguk2.

Aku trus ambil kad dan trus ke bank trdekat..dlm hti terdetik,kalo xda duit dlm bank pkcik ni..kt tgn aku ada dlm 200..mngkin aku boleh bg 100 kt dia.

Bila aku check baki,rupanya ada 450..so btl la dia mmg nk suruh keluar 400 tu.ms bg kt dia aku dgr dia ckp 'ma seh'..aku angguk paham dan kwn aku kt sebelah dh nangis2 sedih.

Mana ank pkcik ni? knp biar dia dtg amek duit kt bank xteman..kalo org lain yg dia mntk tlg aku xtahu la selamat ke x kad bnk dia n no pin serta duit yg ada dlm acc tu. Anak2,pimpin la ayah dtg bank..jgn sampai ada bnda2 yg xdiingini berlaku kpd ayah awk..kesian dia tgh2 panas mcmni dtg sorng2..

Nk menangis gigil aku tgk pakcik ni td sbb dia kurang upaya dan dia menunggu secara rawak sapa2 yg ada untuk mmbantu td..aku yg kaki "oku sementara" ni pun terkedek kedek nk naik turun kaki lima rasa penat dan lelah,apatah lagi pakcik ni yg hakikatnya xboleh bgn langsung dari kerusi roda elektrik tu (btl ke nama kerusi roda tu?)

Aku cuma boleh berdoa smga pakcik ni selamat sampai ke rumah.amin.

Dari fb Nor Fitri Ema

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan