Remaja mangsa buli trauma enggan ke sekolah


Remaja mangsa buli, Salmiah Salim, 15, masih ragu-ragu untuk meneruskan persekolahan walaupun tetap ingin menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Menurutnya, dia bimbang akan diejek dan dicemuh kenalan setiap kali ke sekolah selepas tersebarnya videonya dibuli beberapa remaja perempuan di Internet.

“Saya masih trauma apabila memikirkan kejadian video saya disuruh mencium kaki dan dipukul disebarkan di media sosial dan sebab itu tidak mahu ke sekolah.

“Bagaimanapun, saya tetap mahu mengambil PT3 dan walaupun tidak lagi ke sekolah, saya tetap belajar dengan bantuan rakan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Akhbar ini melaporkan mengenai Jabatan Pendidikan Terengganu ingin berjumpa remaja perempuan berkenaan untuk memujuknya yang menjadi mangsa buli dalam dua kejadian berasingan di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir, dekat sini, baru-baru ini, supaya kembali meneruskan pembelajaran di sekolah. Ia disahkan sendiri Pengarah Pendidikan Terengganu Shafruddin Ali Hussin apabila pihaknya juga akan memberi bantuan termasuk dari segi psikologi bagi membantu remaja itu mengatasi trauma yang dialaminya berikutan kejadian berkenaan.

Mengenai hasrat Jabatan Pendidikan Terengganu berkenaan, Salmiah berkata, dia bersedia menerima kunjungan dan mendengar dulu nasihat.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan