Suami isteri jimak tetapi haram, jatuh hukum zina?

DAUS, Petaling Jaya: Apakah hukum jika suami isteri bersetubuh tetapi mereka beranggapan sedang berzina sedangkan pernikahan itu sah?
Ustaz Haslin Baharin:
Perbuatan persetubuhan suami isteri dengan beranggapan sedang berzina dengan bukan mahram, adalah berdosa dan haram tetapi bukanlah dikategorikan zina yang sebenarnya. Oleh itu, bertaubat dan jauhilah perkara itu. Sabda Rasulullah SAW bemaksud: “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menetapkan pada setiap anak cucu Adam bahagian daripada perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari.

“Maka zinanya mata adalah melihat, zinanya lisan adalah ucapan, sedangkan zinanya hati adalah berangan-angan dan berhasrat, namun kemaluanlah yang (menjadi penentu untuk) membenarkan hal itu atau mendustakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Perbuatan demikian mengurangkan kasih sayang dan mengurangkan kepercayaan antara suami isteri yang terhasil daripada fantasi seks yang melampaui batas diizinkan Islam. Seterusnya membawa ketegangan dalam rumah tangga.

Oleh itu, Allah SWT memberikan amaran kepada manusia supaya menjauhi zina. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji dan jalan yang teramat buruk.” (surah al-Isra’ ayat 32). Semoga perkara demikian dapat dijauhi. Wallahualam.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan