Imam Karim rebah dan meninggal semasa tahiyat akhir solat sunat Aidiladha


Imam Masjid Kampung Temeris, di sini, meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat sunat Aidiladha, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, A Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat berkenaan dikatakan batuk dan mengerang kesakitan sebelum rebah.

Anak lelakinya, Amran, 40, berkata, beberapa jemaah membantu mengangkat bapa yang sudah tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, untuk pemeriksaan.

Menurutnya, doktor bagaimanapun mengesahkan bapanya itu sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Luqman Abd Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan