Tidak menyalahkan orang ramai yang menyangka hubungannya dengan kekasih sudah putus, pelakon Nelydia Senrose, 21, akur dengan apa yang terjadi. Sikap Nelydia yang suka memuat naik status tertentu di laman sosial tanpa sebab kadang-kadang menjadi tanda tanya peminat hingga mereka membuat andaian sendiri.
Nelydia ketika ditemui berkata, hubungan dia dengan kekasih yang juga pelakon, Qi Razali tiada masalah, malah mereka masih bersama hingga hari ini.
“Saya tidak menyalahkan orang ramai apabila mereka membuat spekulasi dan berfikir yang kami sudah putus.
“Saya faham kerana sebagai orang dikenali, semua orang hendak ambil tahu apa yang terjadi. Apabila saya memuat naik status yang janggal, orang mula membuat spekulasi dan pelbagai andaian.
“Tidak saya nafikan dalam perhubungan ada pasang surutnya, bergaduh dengan kekasih adalah perkara biasa, tetapi tidaklah sampai putus hubungan,” katanya.
Nelydia berkata, setiap pasangan mahukan hubungan yang dijalin berakhir ke jenjang pelamin dan begitu juga dia dengan Qi.
“Semua pasangan kekasih tentunya mahu berkahwin, begitu juga dengan kami. Saya dan Qi memang ada berbincang mengenai perkahwinan, namun belum sampai ke tahap menetapkan tarikh nikah dan bersanding.
“Saya masih muda dan banyak perkara yang perlu saya lakukan. Syukur Qi juga memahami dan tidak pernah memaksa untuk segera berkahwin,” katanya yang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Lara Hati untuk TV9.
Sementara itu, Qi pula berkata, sikap orang ramai yang terlalu mengkaji dengan mendalam menyebabkan kisah mereka seperti mengalami masalah.
“Apa yang kami muat naik kadang-kadang tidak seperti yang dibayangkan. Namun disebabkan segelintir peminat yang terlalu mengkaji perkara ini menyebabkan ia nampak rumit.
“Kami berdua yang membacanya hanya mampu tersenyum dan ketawa saja,” katanya.
Home
/
Hiburan
/
Nelydia Senrose
/
Qi Razali
/
Nelydia Senrose akur! Muatnaik status janggal jadi punca
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan