RM50,000 Jualan Kek Buah Sollarizs Hanya Dari Rumah di Batu Pahat


Dari laman page Facebook Saiful Nizam .BIZ:

Saya berpeluang bertemu usahawanita hebat ini di Batu Pahat. Siapa namanya? Silakan cari sendiri ya. Dengan membawa jenama Sollarizs, jualan kek buahnya telah mencapai jumlah yang membanggakan. Walaupun hanya bermula secara serious pada bulan Februari 2015, kualiti dan kelazatan kek buahnya telah mendapat perhatian pelbagai pihak.

Malah katanya, kek buah Sollarizs sudah pun sampai ke Korea!


Sempena promosi September, pendaftaran ejen seluruh Malaysia telah dibuka. Boleh hubungi 019-675-7696 segera. Usahawanita gigih ini memandang jauh ke hadapan dan merancang untuk meluaskan lagi pasarannya. Bila ditanyakan apakah rahsia kejayaan kek buah Sollarizs:

1) Berikan yang terbaik!
Walaupun mendapat rungutan harga dan saranan menukar ingredient lebih murah agar harga dapat diturunkan tetapi komited untuk mengekalkan resipi asal supaya rasa mewah kek buah Sollarizs tidak terusik.

2) Jangan putus asa!
Adalah perkara biasa bila seorang usahawan mengalami pelbagai kepayahan dan jatuh kerugian. Tetapi itu bukanlah punca untuk terus gagal. Usahawanita ini pernah kerugian amat besar mencecah ratusan ribu akibat dari pelaburan yang tersilap.

Begitulah sedikit sebanyak intipati pertemuan saya dengan usahawan kek buah Sollarizs ini. InsyaAllah selepas ini bisnesnya akan melangkah lebih pantas dan seterusnya berlari.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan