Kisah pilu stokin merah adik Fatihah


Luluh hati ini takkala membaca kisah yang ditulis oleh seorang guru bernama Cikgu Kasma yang menceritakan kisah seorang muridnya bernama Fatihah mengenai perbualannya bersama murid tersebut.

Perbualan tersebut lebih kepada mengisahkan kehidupan keluarga adik Fatihah yang diibaratkan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Kisah kedaifan keluarga adik Fatihah ini diketahui hanya selepas Cikgu Kasma bertanya mengenai warna stokin yang dipakai beliau di mana ianya bewarna merah.

Cikgu berkenaan susah pasti bertanya kerana berdasarkan buku disiplin atau undang-undang di sekolah murid biasa perlu memakai stokin bewarna putih.

Kerana pertanyaan itulah segalanya terjawab, luluh hati ini kerana stokin berkenaan bukanlah dibeli tetapi hanya pemberian orang ramai kerana hendak beli stokin putih pun ibu bapanya tidak mampu.

Berikut adalah cerita yang dikongsikan oleh Cikgu Kasma di laman Facebooknya..

Tak pasal-pasal mata masuk habuk. Ceritanya begini…. Dalam kelas, sedang buat ujian lisan. Panggil seorang-seorang murid. Giliran anak murid yang namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan.

Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu.
Dialog antara kami seperti berikut…

Cikgu: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yang berwarna putih.
Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.
Cikgu: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?
Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.
Cikgu: Rebut-rebut? Di mana? ( perasaan ingin tau semakin tggi, maka soalan ku lanjutkan)
Cikgu: Ayah awak tak kerja ke?
Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.
Cikgu: Ayah kerja di mana?
Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)
Cikgu: Pergi sekolah bawa duit tak?
Fatihah: Bawa, seringgit.
Cikgu: Mana ibu dapat duit?
Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit. ( Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya)
Cikgu: Di rumah selalu makan apa?
Fatihah: Makan sayur.
Cikgu: Dapat dari mana?
Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.
Cikgu: Lauk pula?
Cikgu: Ayah mancing di lombong.
Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.
Cikgu: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?
Fatihah: *hanya sekadar mengangguk
Cikgu: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai

Semoga kisah adik Fatihah ini memberi kita sedikit keinsafan dalam diri kita semua agar sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan