Giliran Che Ta pula mengamok! Taktik kotor melariskan produk jualan

Bukan sekali dua, malah sudah banyak kali pelakon popular Rozita Che Wan, 42, menjadi mangsa eksploitasi sebahagian blog produk kecantikan menggunakan wajahnya bagi melariskan produk mereka. Terbaru, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini sekali lagi terpalit masalah sama.

Beberapa hari lalu Rozita atau mesra disapa Che Ta ada memuat naik perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

“Saya beranggapan itu taktik kotor pengeluar produk tak laku. Berkemungkinan dia membayar blog terbabit untuk menyebarkan perkara itu. Apa dipaparkan itu tidak benar sama sekali.

“Ingin ditegaskan, saya masih duta produk penjagaan kulit Rysya dan makanan tambahan Longevite. Blog itu dengan beraninya memaparkan tanda pangkah seolah-olah saya tidak menggunakan produk berkenaan,” katanya.

Che Ta juga dengan lantang menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai tidak bertanggungjawab malah sengaja mencari publisiti murahan.

“Ada benarnya juga jika mereka mahu menggunakan nama saya. Sebagai jalan pintas, ini cara mereka berniaga dengan menipu pengguna lain.

“Tindakan mereka ini sebenarnya mendatangkan lebih banyak masalah jika berterusan melakukan kerja tak berfaedah ini,” katanya.

Jelas Che Ta lagi, pengasas produk diwakilinya itu dalam proses mengambil tindakan undang-undang.

Baca juga: Neelofa si gadis cantik ini mengamuk dan ambil tindakan

“Saya pun pelik kenapa perkara sebegini selalu terjadi ke atas diri saya. Kenapa pe­ngeluar produk tipu itu tak percaya dengan kelebihan produk sendiri sehingga perlu mempergunakan orang lain semata-mata untuk kepentingan sendiri?

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan pengasas produk terbabit OK. Saya bersyukur tahun ini dipilih menjadi duta kepada 10 jenama lain,” katanya.
Sumber: Hmetro

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan