5 kepercayaan tahyul kebanyakan usahawan berniaga di Facebook


Berdasarkan pengalaman membantu usahawan membina bisnes di Facebook, setakat ini ada beberapa kepercayaan yang merugikan bisnes mereka dan kerap berlaku.

Nak tahu apa dia?
Teruskan membaca..


  1. Hari ni posting dan kejap lagi akan ada orang minat lalu membeli! Kalau anda baru je bermula dan terus apply teknik macam ni.. Cakap kat orang sebelah, ‘Jangan Mimpilahhhhh!’
  2. Buat iklan banyak-banyak nanti orang minat membeli! Nih lagi satu kes. Spend untuk marketing tapi tanpa ada hala tuju dan takde strategi. Lepas buat iklan, posting seminggu sekali. Ada ke yang akan membeli? Cakap kat kawan sebelah, ‘Kirim salammmmmmmm!’
  3. Harga mahal sangat sebab tu orang tak beli! Jawapannya YA & TIDAK. Memanglah orang taknak beli bila tengok page kita tu takde standard langsung. Coverphoto pun macam budak sekolah rendah yang buat. Tapi jika ada BRANDING serta paparan coverphoto awesome, harga mahal pun orang sanggup beli. Jangan jual emas tulen atau berlian di pasar malam! Nanti orang tak percaya. Faham ke faham?
  4. Hari-hari buat posting tapi takde orang beli pun! Memang bagus untuk maintain posting setiap hari. Tapi kena tahu apa tujuannya. Bina momentum dan pengaruh. Kalau jual produk kesihatan tapi hari-hari posting tentang hal yang takde kaitan pun takde faedah jugak. Really RELATE! Anyone?
  5. Upah Facebook Manager untuk bantu buat jualan. Boleh ke boleh? Memang boleh jika fb manager anda mempunyai skill. Masalahnya hari ni fb manager tumbuh macam taugeh yang disemai malam tadi :) Anda sebagai business owner mesti terus buat marketing. Jangan harapkan orang lain 100%

Semoga bermanfaat! :)

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan