Sihir! Lihat ritual di Afrika untuk tangani kematian anak kecil mereka


Kematian sememangnya satu peristiwa yang sangat menyedihkan. Oleh kerana faktor kemiskinan, satu puak di Afrika menggunakan sihir voodoo untuk terus bersama dengan anak kecil mereka yang telah mati. Satu patung direka untuk mewakili anak yang telah mati tersebut dan dengan menggunakan voodoo mereka akan menyeru serta memuja patung tersebut.

Patung tersebut dipercayai telah diresapi oleh semangat anak mereka dan akan terus dilayan sebagaimana anak kecil itu masih hidup. Ianya akan diberikan makan seperti biasa, diberikan pakaian dan dimandikan agar semangat yang terdapat dalam patung tersebut tidak bersedih.

Dipercayai sekiranya semangat tersebut sedih maka seluruh keluarga akan mengalami nasib buruk. Namun ritual ini tidaklah dilakukan kepada semua anak yang meninggal sebaliknya hanya dilakukan kepada pasangan kembar jika salah seorang atau kedua-duanya mati.

Ritual voodoo tersebut memerlukan tengkorak manusia dan selalunya menggunakan tengkorak penjenayah yang telah mati.




Puak yang dinamakan Puak Fon ini mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi berbanding puak lain di Afrika iaitu 1 daripada 20 kelahiran. Namun adalah perkara biasa bayi kembar mati akibat kebuluran dan sebagainya. Dengan memberikan jagaan dan layanan yang baik kepada patung voodoo tersebut maka diharapkan ianya mendatangkan tuah kepada keluarga tersebut.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan