Kisah Pak Majid yang gigih, pernah jalan kaki dari Stadium Pahang ke Stadium Shah Alam

Dalam perjalanan balik dari Batu Gajah ke Kuala Lumpur, berhenti kejap di RNR Tapah.. Tengah rehat dekat pondok, datang sorang org tua duduk..

Aku macam biasa lah, peramah bila tgk org tua sensorg.. Aku tanya dari mana.. Katanya dari Kuala Nerang, Kedah.. Nak ke Kuantan sebab mak angkat dia meninggal.. Terkejut kejap aku.. Dengan naik moto ni? Motor lama apa tah..

Masa tu pakcik ni perkenalkan diri dia..katanya dia lah Pak Majid yang berjalan kaki dari Stadium Pahang sampai stadium shah alam lepas Pahang menang bola..

Terkejut aku dengar, lagi aku excited nak dengar cerita dia.. Macam-macam lah aku dengar pengalaman Pak Majid ni.. Rupanya pak majid ni tak pernah kahwin, anak takde, saudara takde, isteri takde.. Memang hidup sorang macam ni je.. Allah kasihannya..

Aku tanya dia,jalan kaki tu ada dapat apa-apa sumbangan ke kot dari kelab bola sepak Pahang ke, dari ahli-ali UMNO ke apa ke kan, katanya satu sen pun takde. Lagi aku tercengang sekejap. Katanya dapat sumbangan pun dari orang yang lalu ambil gambar dengan dia kadang-kadang org hulur RM10,RM20..

Paling best dia cakap, dia jalan kaki masa tu pun ikhlas untuk Pahang.. Bukan sebab nak sumbangan, dia taknak ada orang cakap dia jalan kaki sebab nak sumbangan.. Sedih kan?

Aku tanya dia kerja apa skrg? Katanya dah tak kerja, dulu kerja guard. Tahu lah aku susahnya dia. Sempat dia cakap yang dia keluar tadi ada RM30 je dalam poket..dah keluar RM20, ada lagi balance RM10..entah sampai ke entah tak katanya.. Aku pandang muka dia lama-lama, hai lah pakcik.. Orang hebat macam kau takde siapa nak pandang kan? Semua suka dengan kejayaan kau je, tapi tak suka nak tengok nasib kau apatah lagi nak bantu kau..

Sebelum aku pergi sempat aku hulur RM50 dekat pak majid ni.. Walaupun aku dah siap berkira-kira hutang yang aku nak kena selesaikan..ahh, rezeki kau pak majid.. Ambil lah, semoga perjalanan kau dipermudahkan..

Apapun,sedikit nak pesan dekat kenalan-kenalan FB.. Kot terjumpa Pak majid ni, hulur-hulur lah sikit duit..bantu dia apa yang termampu.. Kesian dia dengan umur macam tu, bawa motor lusuh macam tu sejauh ni.. Seronok kan kalau kita dapat tolong orang? serius sedih..

Saya percaya orang Malaysia suka bantu orang.. Jom sharekan status ni.. Kot terjumpa pakcik ni,boleh hulurkan sikit bantuan.. Ke orang Malaysia suka tlg org kaya dan comel-comel je?

Dari fb Amir Hamzah Abdul Hamid

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan