Wajib Baca! 4 perkara penting yang berikan advantage kepada jualan jubah jenama 'By Sarah Ahmad'

Maysarah Ahmad merupakan pengasas jenama jubah ‘By Sarah Ahmad’ yang semakin mendapat perhatian dan telah menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh tak sampai 5 bulan.

Beliau yang asalnya mempunyai kerjaya sebagai akauntan di sebuah syarikat di Kerteh, Terengganu kini telah menukar kerjaya sebagai usahawanita sepenuh masa. Dalam tempoh singkat, beliau berjaya melonjakkan jualan hingga ke 5 angka dan ianya seumpama mimpi.

Dengan hanya berniaga dari ruang rumahnya sendiri dengan konsep home boutique dan menggunakan medium media sosial seperti Instagram dan Facebook sahaja sebagai saluran pemasarannya. Kejayaan yang dicipta dan dicapai oleh wanita gigih ini amatlah membanggakan.

Berikut ialah 4 perkara yang memberikan advantage ketara kepada perkembangan kemajuan bisnes beliau.

  • Membina jenama (brand)
  • Mengenalpasti Unique Selling Proposition (USP)
  • Mempunyai matlamat yang jelas
  • Membina perhubungan dan keyakinan bakal pelanggan

MEMBINA JENAMA (BRAND)

Pada peringkat awal, Puan Maysarah upgrade logo jenamanya yang asal. Adalah sangat penting untuk mempunyai logo yang up-to-standard supaya ia memberi refleksi kualiti dan nilai kepada bisnes kita. 

Jangan kedekut untuk laburkan kos mendapatkan khidmat dari designer yang berkemahiran, kos untuk photoshoot, makeup artist, model dan sebagainya. Impak positif dari penjenamaan membuatkan produk jualan lekas perolehi penerimaan bakal pelanggan.

Jangan kedekut ya :)

Sendiri bikin logo pakai words?
Selalunya hampeh!

MENGENALPASTI UNIQUE SELLING PROPOSITION

Puan Maysarah telah mengenalpasti lebih awal ciri-ciri unik pada rekaan dan koleksi jubah beliau. Antaranya ialah pemilihan fabrik berkualiti tinggi dan mudah dijaga kerana tak perlu digosok. Ini juga memberikan extra advantage kerana menjimatkan masa tak payah nak berpeluh menggosok jubah atau tudung :)

Penembusan strategi seterusnya adalah apabila Puan Maysarah memulakan edisi jubah bersaiz extra untuk memenuhi keperluan dan permintaan yang sememangnya wujud.

MEMPUNYAI MATLAMAT YANG JELAS

Siapa dan berapa? Dua soalan penting untuk anda jawab dengan jelas. Siapa yang anda sasarkan sebagai pelanggan? Usia? Jantina? Lokasi? Minat? Dan sebagainya. Narrow-down scope ini dan anda akan perolehi hasil yang sangat berbaloi terutamanya apabila mengiklan Fb Ads.

Berapa? Dalam bisnes kita wajib mempunyai sasaran. Antaranya ialah target jualan, berapa helai anda mahu jual setiap bulan? Setiap koleksi jubah ada berapa banyak untuk setiap edisi? Ini membantu anda merencana kempen pemasaran dengan lebih efektif.

MEMBINA PERHUBUNGAN DAN KEYAKINAN BAKAL PELANGGAN


Dia rajin! Beliau akan melayan secara khusus setiap mesej pertanyaan dari bakal pelanggan. Bukannya guna teknik pemalas COPY & PASTE segala info.

Mungkin anda sendiri pernah kena, ‘Sis berapa harga jubah XXX ni?‘ dan selepuk anda dapat info panjang berjela lengkap dengan arahan bayaran dan sebagainya. Efektif ke cara begini? Sememangnya TIDAK!

Jadi Puan Maysarah meletakkan extra effort untuk melayan setiap mesej atau whatsapp. Jangan layan setiap bakal pelanggan itu sama rata, mereka mungkin mempunyai keperluan dan kemahuan yang berbeza. Ini adalah sedikit huraian yang boleh kongsikan untuk anda dapatkan manfaat darinya. 

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan