Afdlin bengang, bila hendak sebut 'Bodoh' tak boleh tapi perkataan 'Bangsat' boleh pula

Berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menyatakan "bangsa Melayu akan bangsat tanpa UMNO" yang menjadi bahan tulisan di media cetak dan media sosial telah menimbulkan tanda tanya kepada seorang pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki.

Beliau pelik kerana perkataan 'bodoh' tidak boleh disebut di dalam filem kerana menerima larangan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) tetapi perkataan 'bangsat' yang seperti semua orang tahu juga merupakan perkataan yang melambangkan tidak elok tercetak di media sehingga tercetak di dada akhbar tempatan dibenarkan pula.

"Nak tanya kepada Lembaga Penapisan Filem atau Censorship Board negara Malaysia, kenapa aku tak boleh guna perkataan 'bodoh' dalam dialog cerita aku tapi perkataan 'bangsat' boleh publish sampai keluar suratkhabar? Ini tidak adil," katanya.

Beliau berkata demikian dengan memuatnaik status berkenaan di laman Facebook miliknya di mana rata-rata netizens mengatakan keadaan yang berlaku adalah 'Double Standard' hanya kerana kapasiti Najib sebagai seorang Perdana Menteri.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments :

  1. Oh. Rupa-rupanya perkataan 'bodoh' tak boleh disebut di dalam filem sebab ada pihak yang akan terasa! Hahaha!

    BalasPadam