Raja Shamri dan Third Force tak pernah putus asa membantu mangsa bah kuning Kelantan

Sejak kejadian bah kuning di Kelantan pada tahun lepas, Raja Shamri tidak pernah berhenti mengusahakan bantuan kepada semua mangsa yang terjejas terutamanya di Kuala Krai. Bayangkan hingga ke hari ini sudah hampir 9 bulan berlalu tetapi mangsa banjir masih ada yang tinggal di dalam khemah-khemah mereput.

Apa yang dikhuatiri adalah kemungkinan bencana tersebut berulang lagi tahun ini. Apakah persiapan dan persediaan yang mampu dilakukan? Apakah masih terus mahu menunggu bencana tiba barulah hendak digerakkan bantuan?

Dengan kerjasama erat daripada team ResQ UPSI yang diketuai oleh Prof. Suhaily, team Raja Shamri yang lebih dikenali dengan gelaran Third Force berterusan menggerakan pelbagai bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Malah pengorbanan mereka kerap mendapat cacian dan hinaan pelbagai pihak. Raja Shamri sendiri pernah mendapat ugutan bunuh akibat dari keagresifan tindakan membantu para mangsa bencana.

Anda rasa pelik? Itulah realitinya.

Semoga Raja Shamri, Prof Suhaily dan semua yang terlibat berterusan diberikan kesihatan, keupayaan dan kemampuan untuk membantu lebih ramai yang orang yang memerlukan.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan