Anak-anak kita dalam bahaya!


Semakin maju teknologi dunia maka semakin mundur pula adab dan tingkahlaku. Gejala sosial juga semakin tenat merebak serata lapis masyarakat di Malaysia terutamanya. Apakah kita hanya mahu berpeluk tubuh dan biarkan sahaja ia terus meranapkan? Persiapkanlah anak-anakmu untuk hadapi cabaran yang meruncing ini.

Sedarlah!

Anak-anak kita dalam bahaya. Pengaruh negatif berada dimana-mana dan peranan kita sebagai ibubapa perlu membentuk jatidiri mereka agar lebih sempurna. Marilah bersama-sama mengambil tindakan yang sesuai agar perkara negatif dapat dibendung.

Gambar ini menunjukkan anak muda yang dengan tanpa segan silu merokok dan menghisap vape di sebuah restoran mamak di Shah Alam. Ianya dipost oleh salah seorang ahli di group SAR (Shah Alam Residents).

Terdapat pelbagai respon yang diperolehi.

Saifol Hazi: Apa2 pon perhatian pd ank2 tu penting pantau dgn sapa dia bekawan & Kalau perlu pesan pd kwn2 atau jiran2 bg green light nampak buat pekara x elok lempang je itu yg saya praktikkan alhamdulilah bekesan dan saya kenal semua kwn2 ank
Laila Abas: Gi jumpa budak tu.. Mintak phone number parents.. Ckp la kawan lama.. Dah dapat nombor tegur dulu.. Pastu g msg parents dorg antar gambar skali..
Prabaharan Thangaiah: Patut owner restaurant yg kena tegur dulu. Kan dah ada undang2 yg menyatakan di larang merokok di dlm kawasan restaurant
Secara asasnya semua memberikan respon agar tindakan segera diambil untuk tangani masalah tersebut. Bukanlah untuk menyalahkan anak-anak tersebut tetapi terlebih dahulu yang bertanggungjawab terhadap mereka seperti ibubapa.

Nurulain Zulkarnaen: Aib ni..x elok la post..
Prabaharan Thangaiah: Aib apa , yg hisap pun selamba jeee , mengapa kita nak cover mereka. Biar kita exposed demi kebaikan masa depan mereka. Anak i pun belajar tuition kat sana sya taknak anak sya terikut perangai mcm ini
Dan ini pula satu lagi luahan tentang pengalamannya berada di sebuah lagi restoran mamak pada jam 4 pagi.

Azizi Satibi: Haus.. Minum.. Then lihat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan dok kedai mamak. Jam 4.17 pagi blom balik rumah. Cakap kuat2, jerit jerit sesama sendiri padahal duduk tak jauh pun.. Perkataan yg keluar semasa borak "babi, dowh, sial, ****mak, etc"..  Perasaan sedih bila tgk remaja dah jauh dari Allah.. Mudah2an ada hidayah untuk mereka. Sama sama kita doakan.
Kersani Man Omar: susah nak komen.... kalau komen karang....kata kite ni kurang ajar la.... mcm x ada anak mcm tu la... mcm x penah lalui semua tu la.... balik2 nak salahkan mak bapak la.... adoiiii... tapi ni adalah realiti kehidupan masa kini.... tidak seperti kite dulu2 yg patuh pada adat melayu

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan