Skodeng pramugari dan berjaya ambil gambar tetapi..
Seorang kaki hendap menggunakan kamera berbentuk pen untuk mengintai seorang kru pesawat penerbangan domestik Jepun terlepas dakwaan selepas pendakwa gagal memutuskan kejadian berlaku di ruang udara Osaka atau Tokyo. Lelaki berusia 34 itu menggunakan pen berkamera untuk mengambil gambar bawah skirt pramugari yang lalu berhampiran tempat duduknya, lapor akhbar Asahi dalam laman webnya.
Lelaki terbabit yang ditahan polis mengakui melakukan perbuatan itu sambil mendakwa dirinya terangsang melihat wanita memakai pakaian seragam, menurut laporan itu. Tertuduh menaiki pesawat Japan Airlines di Takamatsu, barat laut negara itu, untuk ke Tokyo dalam kejadian bulan lalu, lapor agensi berita Kyodo News. Polis pada awalnya mengesahkan bahawa gambar terbabit diambil di wilayah Hyogo berdasarkan pengakuan saksi dan analisis mereka terhadap data penerbangan.
Selepas dikaji semula data yang ada, mereka tidak dapat menyatakan dengan pasti bahawa perbuatan itu berlaku di ruang udara Hyogo. Pendakwa mengakui mereka tidak dapat menolak hujah peguam bela bahawa gambar curi itu mungkin diambil ketika pesawat lalu di ruang udara wilayah berjiran, lapor Kyodo lagi. Kesalahan mengintai biasanya diputuskan mengikut undang-undang peringkat wilayah untuk menghalang perbuatan yang ditetapkan sebagai mengganggu ketenteraman awam dan memerintah pendakwa perlu tahu lokasi tepat jenayah itu.
Sumber berkata, pendakwa kemudian menggugurkan kes atas sebab tidak tahu menggunakan undang-undang wilayah yang mana satu. Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku melakukan jenayah berkenaan dan berpuluh-puluh gambar curi atendan penerbangan ditemui dalam komputer peribadinya. Hukuman terhadap perbuatan mengambil gambar atau merakam foto secara rahsia termasuk dalam kategori perbuatan berunsur seks dalam undang-undang wilayah termasuk mengekori orang lain atau meraba.
0 comments :
Catat Ulasan